Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Jumaat, 30 September 2011

JASA BONDA


salam,

lagu ini saya dengar awal pagi semalam di IKIM fm, namun tidak sempat mencari lirik dan tertangguh ke hari ini. pertama kali mendengarnya, hati amat tersentuh teringat ibu yang telah uzur dan berusia. usianya 74 tahun. sudah tidak sekuat dulu. kini, hanya padanya saya menumpang kasih.. hanya dia yang saya miliki, yang amat berharga, lebih lagi hanya ibu tempat saya mencurahkan dan memperolehi kasih sayang yang sejati dan kekal abadi. padanya juga saya mencurah hati yang duka dan bahagia. ibu juga peneman saya yang setia di kala semua yang saya sayangi meninggalkan dan mengabaikan saya. ibu adalah segalanya untuk saya. sejak tahun lepas saya sedaya mungkin akan meraikan ibu pada hari ibu. hanya ibu yang memahami hati dan perasaan saya. saya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik dan umurnya di panjangkan agar saya tidak keseorang dan kesepian melalui kehidupan ini. ibu jugalah kekuatan dan semangat bagi saya meneruskan kehidupan ini.

Warisan

Jasa Bonda 


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

( ulang 2 & 1 )


Petikan kenangan semasa sambutan hari ibu 2011
juadah

hidangan keluarga

bacaan doa selamat oleh
anak saudara, uztaz hanafi (amin)

ibu dikelilingi cucu-cucunya

kek coklat, yummy

kak long menyediakan salad buah

pemberian anak-anak dan cucu

moga panjang umur dan sihat selalu
dan murah rezeki hendaknya

KHASIAT TEMPE

Salam, ini antara catatan menarik yang saya baca pagi tadi di sisipan angrobiz, yang diselitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia. menarik untuk diketahui.
  • Sepotong tempe mengandungi pelbagai unsur yang bermanfaat seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim serta komponen bakteria yang baik untuk kesihatan.
  • Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis (iaitu penyakit yang banyak di alami oleh wanita). Selain itu, tempe juga dapat meningkatkan nilai pengambilan gizi harian seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin dan asam pantorenat.
  • Apa yang pasti, kajian yang dilakukan oleh Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, penemuan genestein dan phyteostrogen yang terdapat pada tempe dapat mencegah kanser prostat, kanser payudara dan penuaan.
Sumber : Sisipan AGROBIZ; Jumaat, 30 September 2011 (Diselitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia)

Jadi, kepada penggemar-penggemar tempe (seperti saya), tentu happy mendapat tahu bahawa tempe juga mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan baik bagi lelaki mahupun wanita. Tempe bukan sahaja boleh digoreng begitu sahaja malah sedap jika dijadikan sambal goreng jawa dan di campur ke dalam sambal ikan bilis. tempe boleh dijadikan hidangan yang pelbagai. semua di hujung jari, cari sahaja di internet untuk resepi yang berlainan.

STK.

Rabu, 21 September 2011

CEMBURU KETERLALUAN

Salam
tiba-tiba rasa macam ingin bercerita tentang cemburu pada hari ini. cemburu.. sesuatu yang tidak mungkin kita tepiskan dari hidup kita sendiri. siapapun dia, tetap akan merasai perasaan tersebut. bezanya adalah tahap cemburu itu dan juga bagaimana kita menangani persaan cemburu tersebut. benar, cemburu yang keterlaluan akan merosakkan jiwa. cemburu yang keterlaluan biasanya berpunca dari gagal mengawal perasaan dan emosi serta tidak dapat berfikir secara positif. ramai juga yang mengatakan cemburu yang keterlaluan berkait dengan hasutan syaitan. tidak mustahil! memang ada juga kena mengena. mengapa? kerana syaitan amat suka memporak peranda hidup manusia dan membuatkan manusia sering bertelagah dan berpecah belah. bila ini berlaku sudah tentu manusia akan melakukan banyak dosa seperti mengumpat, memfitnah, sihir dan segala bagai. apabila kita tidak mampu mengawal diri, dan terjebak dengan hasutan syaitan serta tidak sempat pula bertaubat sudah tentu syaitan secara tidak langsung mendapat sahabat baru. tentu anda semua faham maksud saya bukan?.

cemburu yang ingin saya sampaikan di sini adalah tentang cemburu antara lelaki dan perempuan. dan lebih kecil skopnya adalah tentang cemburu seorang isteri kepada suami. tergerak untuk saya menulis tentang hal ini adalah kerana secara tidak langsung saya juga telah terlibat dalam permasalahan ini. aduhai, letih!. pentingnya sebagai orang yang bakal anda nikahi atau menikahi sebaiknya mempunyai sedikit sebanyak pemikiran yang matang. kisah ini berlaku kepada seorang teman yang pada mulanya apabila dia bercerita saya terfikir-fikir bagaimana keadaan cemburu si isteri yang mampu membuatkan hidupnya adakala dalam keadaan yang tidak tenang. tetapi apabila si isteri berhubung dengan saya sendiri, saya rasa saya sudah memahami apa yang dirasai oleh teman itu. memang secara jujurnya saya merasakan hati isteri tersebut tidak tenang. bukan kerana suami berlaku curang, tetapi kerana terlalu memikirkan si suami mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita bujang yang dia berurusan. boleh ke macam tu? boleh, dia sudah melibatkan diri dalam permasalahan tersebut. dia merasakan suaminya ramai yang minat kerana dia meminati suami, aduhai kawan, setiap manusia mempunyai citarasa masing-masing, bila kita suka, tak semestinya semua perempuan suka. 

sebagai seorang manusia kita tidak akan terlepas dari rasa cemburu. tetapi cemburu keterlaluan hinga menyangka yang bukan-bukan serta ingin mengetahui setiap pegerakan sang suami adalah tidak berbaloi kerana ia merosakkan kepercayaan. dalam hubungan yang penting adalah jujur dan percaya. opss.. penting juga komunikasi ye.. rasanya kalau hati mahu mengetahui tiap pergerakan pasangan kita, apakata kita melantik diri menjadi PA sepenuh masa yang mengekori pasangan. boleh? boleh kalau sanggup. tidak...acah saja... konflik yang berlaku pada pandangan saya adalah kerana perbezaan sikap setelah berkahwin. si isteri tu yang bagitau ye.. saya bujang lagi :). bila dia merasakan si suami berubah + sikap tidak mahu berterus-terang + kawan-kawan yang bergurau tidak kena pada tempat + mengelak untuk berkomunikasi antara penyebab yang menjadi pendorong si isteri cemburu keterlaluan. isteri dia tu la ye... saya bercerita tentang dia yang bertanya itu dan ini kepada saya kerana mahu tahu pergerakan suami. apa yang perlu dia lakukan adalah bertenang... bagaimana mahu bertenang? masukkan sebanyak mana oksigen yang boleh ke dalam paru-paru.hehe...bernafaslah dalam-dalam.. dan cuba berfikiran positif.. susah?? memang susah, perlukan masa untuk belajar bertenang. tetapi kita yang menentukan segala keadaan. untuk susah atau senang. kalau ingin hidup tenang, aman maka belajarlah bertenang. ye, kadang-kadang kita terkehel. tidak mengapa.. apabila rasa menjunam terlalu laju, perlahankan sedikit. kembali ke daratan.. bertenang. ingat tadi saya ada sebut cemburu hasutan syaitan? mengaji adalah ubat yang mujarab. mengaji daripada kecil akan menjadi darah daging kita sendiri. sebati.. tetapi apabila kepercayaan telah diperolehi sebaiknya kita jagalah dengan baik bukan mengambil kesempatan dan membuat onar dibelakangnya.. 

ada juga yang disebut si isteri bahawa si suami menipu contohnya, kata pergi main badminton, tapi balik bau wangi je, tak busuk pun.. contohlah.. kan dah kantoi? tapi itu tidak bermakna si suami (suami dia) berdating dengan perempuan lain, orang lelaki masih berkawan rapat dengan kawan-kawannya walaupun dia berkahwin. mereka masih mahu hak privasi mereka dihormati apabila berkahwin. perempuan tidak begitu. tidak adil rasanya kan? itu lah, berlapang dada menerima adalah terbaik. tidak perlu membalas dendam. kita cari hobi sendiri. ataupun jika mampu, join dengan dia sekali.opss orang perempuan memang bijak mencari bukti, dia diam dan angguk tidak bermakna dia turuti, ligat kepalanya memikirkan segala kemungkinan. susah ingin mengawal hati dan perasaan. apabila keletihan, berehat adalah sebaiknya.. tidak mengapa.. 

sekian, buat masa ini.

Khamis, 15 September 2011

SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA

Salam
Rasanya lama saya tak update blog. 


Selamat hari raya dan maaf zahir batin di ucapkan kepada semua rakan-rakan yang singgah di blog ini. mohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan perbuatan yang menyinggung perasaaan kepada yang mengenali. kadang-kadang kita tidak sedar jika perbuatan dan kata-kata yang kita luahkan agak kasar dan di salah tafsir. moga kemaafan yang dipohon diterima dan hubungan yang terjalin terus kukuh hingga ke akhir hayat. kebetulan aidilfitri yang disambut pada kali ini juga jatuh sehari sebelum malaysia menyambut hari kemerdekaan. sudah tentu pada tahun ini sambutan aidilfitri adalah berlipat kali ganda kemeriahannya. di mana sahaja kita berada kita dapat melihat dengan jelas jalur gemilang berkibaran. sebagai anak malaysia, saya merasa bangga dilahirkan dan dibesarkan di bumi bertuah ini. 


kita agak beruntung dan sepatutnya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan negara yang sebegini aman, makmur dan murah rezeki. mungkin negara ini tidaklah semaju negara-negara barat, tetapi sebagai seorang muslim saya tetap mensyukuri apa yang dikurniakan Ilahi untuk kita nikmati. bersempena sambutan kemerdekaan ini saya mengharapkan malaysia tetap dilimpahi keamanan, kemakmuran dan kemewahan rezeki. dan yang paling penting saya amat mengharapkan agar negara ini dirahmati Allah dengan curahan iman, rezeki serta hidayah. moga terus-terusan bertambah kukuhnya syiar Islam. banyak yang perlu diperbaiki bagi memastikan tamadun Islam kembali berkembang dan gemilang. dan sebagai muslim, kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada pemerintah dalam usaha memupuk dan meningkat tahap keimanan di sanubari seluruh umat Islam di bumi ini. sebaliknya tanggungjawab ini sebenarnya lebih tertumpu di peringkat ibu bapa bagi memastikan anak-anak mendapat sebanyak mungkin ilmu agar cahaya keimanan tetap subur di dalam diri masyarakat Islam. jika keadaan ini berjaya diterapkan secara tidak langsung walau di manapun kita berada kita tahu pada siapa kita sandarkan kepercayaan kita. pemerintah telah membuka sebegitu banyak jalan dan ruang untuk kita mengisi kekosongan hati dengan ilmu agama. cuma kita sahaja yang perlu menggerakkan diri dan jiwa kita untuk mencapainya. sebelum kita menyalahkan pihak lain sepatutnya kita cermin diri kita sendiri. 


berbalik pada perayaan aidilfitri yang disambut. pada tahun ini persiapan yang dilakukan adalah ala kadar dan tidak berlebihan. itulah yang diamalkan oleh keluarga kami sejak bertahun-tahun lamanya. segala-galanya adalah secara sederhana sepertimana yang dituntut dalam Islam. saya cuba untuk tidak melebihkan syawal berbanding bulan ramadhan. walaupun syawal merupakan bulan kemenangan buat umat Islam setelah sebulan berpuasa, kita amat digalakkan meneruskan apa yang telah kita lakukan sepanjang ramadhan. cuma syawal menjadi bulan yang lebih selesa diziarahi dan menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan umat Islam. pada bulan ini semua akan berlumba-lumba untuk menziarah dan bersedia untuk diziarah. pada hujung minggu terutamanya, kita ternanti-nanti siapa yang akan berkunjung, memasak pada bulan syawal juga menjadi lebih seronok kerana lebih ramai yang akan dijamu. sudah tentu apabila melihat makanan yang dijamu oleh tetamu dengan penuh selera, segala rasa penat dan lelah hilang dan timbul rasa seronok. bukan selalukan masakan kita di rasa oleh teman-teman dan sanak-saudara. jemputan rumah terbuka juga tidak putus-putus. saya lebih suka menyebut sebagai jamuan makan-makan. kerana jumlah jemputan juga tidak besar. pada tahun ini saya merancang mengadakan jamuan makan kerana ramai yang bertanya, jadi sebagai tanda penghargaan kepada teman-teman saya jemput untuk hadir.. bersekali dengan teman-teman mak. ok itu saja buat masa ini. roger :D