Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Khamis, 13 Januari 2011

Muning-muning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..

hehe.. macam pembaca berita pulak
hm.. lama sudah tidak menulis di belog ku ini
suam-suam kuku lah

buat rumusan je la ye, isnin baru ini, dalam perjalanan ke pejabat saya menemui sebuah kereta yang dah lama tidak bertembung di jalan yang sama. haiyak

kakak ni (pemandunya seorang perempuan berusia dalam 40an) membawa kereta kelisa berwana gold ke? hm agaknya begitu la

dulu kerap juga bertembung, yang menjadi perhatian adalah apabila dia memandu dihadapan, beratur panjanglah kenderaan lain dibelakangnya sepanjang laluan yang dia gunakan.

kenapa?? sebabnya--> dia memandu terrrrlalu perlahan (bukan menghina ye). pada pengamatan saya, dia mungkin dia takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. apabila hari hujan dibuka wiper depan...ye.. semua begitu tapi wiper kat belakang tu pun tak pernah berhenti walaupun dah tak hujan?? hmm...

ok...itu je, tak mau cakap lebih-lebih. nanti takut memburukkan orang. hehe.. walau apa pun baca dengan niat yang bersih ye, kerana saya juga begitu. dalam hati selalu cakap, kesian dia.

ok, next story-->

kadang-kadang manusia perlu menerima penerangan dari orang lain (mungkin juga teguran, nasihat dan maklumat). walaupun secara hakikatnya kita sebagai manusia biasa memang agak payah untuk menerima, tetapi kalau kita menerima semua itu dengan fikiran yang terbuka serta menepis persepsi negatif, insyaAllah, segalanya boleh diterima dengan mudah. tidak kiralah samada kita berada di tempat yang tinggi ataupun di tempat yang paling bawah sekali (berdasarkan pengalaman ye). yang paling penting! kita tak boleh anggap diri  kita ni lebih baik dari orang lain, tetapi kita perlu sentiasa berusaha menjadi lebih baik.