Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Isnin, 2 Mei 2011

BUBU LAGI..

salam..

hmm hari ni, hari kedua saya tanpa bubu, begitu juga dengan cing, nampaknya kami masih terasa kehilangannya, sudah tentu hari ni baru dua hari. malam tadi aku susah nak lelapkan mata, teringatkan bubu, bila tengok cing lagi sedih. bubu suka sangat duduk atas riba aku, kadang-kadang sampai dia tertido, bila malam tadi, cing bising, saya rasa mungkin dia mencari dan memanggil bubu, masa saya menyangkung berdekatan dengan cing, dia datang ke sisi kiri dan kanan saya sambil cuba mengintai-intai mungkin dia beranggapan saya menyorokkan bubu. kemudian dia memandang ke tilam pink milik bubu, bubu kucing betina ye..hehe... lama dia merenung lepas tu cing alihkan pandangan, saya bangun menuju ke bilik, cing mengikut, sampai di muka pintu, cing berteleku sebentar, bukan!, lama jugak sebenanrnya, dia merenung ke lantai, saya tahu dia sedih, kerana saya juga begitu. kemudian saya panggil cing lama.. baru dia sahut dan memandang saya, saya ajak dia naik ke katil dan tidur dengan saya, dia baring dan memandang saya, saya katakan padanya.. bubu dah tak de, ingat tak pagi tadi bubu dah mati, moksu da tanam dia, seperti mengerti, dia memejamkan matanya, amat lama, saya sangka dia tidur, tetapi kemudian baru saya perasan dia menahan rasa sedihnya, matanya kelihatan berkaca, tentu dia bersedih, dia kehilangan anak.. pagi ni bangun saja tidur mulutnya riuh.. saya tahu dia mencari anaknya. 

cing adalah seekor kucing yang pelupa, masa bubu kecil, dia alihkan bubu dan kemudian dia cari balik, dia tak ingat mana dia letak bubu, kelakar betul, kami serumah mencari bubu. haru...kalau tak ibu cing tak mau diam.. kadang-kadang saya teringat cara bubu memandang.. dia suka melentok kan kepalanya dan memandang dengan mata yang bulat seperti kuaci hitam, hehe... bubu ada tanda lahir di sebelah bawah bibir kirinya, sekali tengok macam tahi lalat je.. bubu juga mempunyai tubuh yang kecil saiznya dan pakej yang dia milik termasuk bulu kembangnya membuatkan dia amat comel sekali di mata saya. saya kesal kerana tidak mahu ambil gambarnya semasa sihat sebagai kenangan. saya risau akan kehilangannya.. rupanya dia pergi juga...bak kata mak jangan ditangisi.. dia milik Allah...dipinjam kan kepada saya semasa hati saya gundah gulana.. tapi saya tetap sedih...kerana saya juga menyayanginya....saya perlu kuatkan hati, walau dugaan datang bertimpa..saya perlu terus tabah. kerana ujian Allah ini menunjukkan saya sentiasa mendapat perhatian Allah. saya amat beruntung sebenarnya...

buat masa ni, airmata ni masih tidak mahu berhenti mengalir, saya perasan mata juga bertambah cengkung....dan lebih teruk, kadang-kadang saya terpanggil bubu....petang ni, sakan cing tidur atas tilam... amboi.. ambil kesempatan nampak..mentang-mentang la tengah bersedih......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bla...bla...bla...by u: