Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Jumaat, 18 Februari 2011

PERKHIDMATAN AWAM DAN PENJIMATAN

as salam
topik ini dituliskan berdasarkan pengalaman yg aku tempuh hari ini. sebenarnya lebih kepada luahan yang aku dengar semasa berurusan dengan syarikat-syarikat yang terlibat. selama ini kita hanya memikirkan untuk mengurangkan beban rakyat dengan mengurangkan kos dan pengeluaran wang dari sektor awam. tapi kita terlepas pandang akan satu perkara. (mungkin oleh insan kerdil seperti aku) di sebabkan penjimatan yang dilakukan oleh sektor awam ini telah menyebabkan syarikat-syarikat kecil tidak mampu untuk bergerak dan berkembang maju. maksud aku, ambil satu contoh. biasanya tiap tahun sektor awam mewajibkan setiap kakitangannya untuk menghadiri kursus 7 hari setahun. oleh kerana penjimatan yang dilakukan, maka setiap bahagian akan cuba mengurangkan kos dengan meminta kerjasama dari bahagian lain yang terlibat untuk mengadakan kursus yang sebelum ini tanggungjawab tersebut telah dipikul oleh syarikat-syarikat luar yang mendapat keuntungan atas bayaran yang dikenakan kepada sektor awam untuk melaksanakan kursus-kursus yang diharapkan.

hal ini secara tidak langsung telah melumpuhkan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat yang mengadakan kursus-kursus untuk ditawarkan kepada sektor awam. hmmm.... secara tidak langsung juga sebenarnya membuka risiko yang luas kepada pekerja-pekerja di syarikat-syarikat tersebut tidak mendapat gaji bulanan mereka atau yang lebih teruk adalah mereka berkemungkinan di berhentikan. apabila kemungkinan-kemungkinan ini berlaku memberi kesan kepada keluarga mereka sendiri..

nota: sila baca petikan di atas dengan berlapang dada dan positif dan bukan dengan pandangan negatif dan salah sangka...adios.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bla...bla...bla...by u: