Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Khamis, 8 Mei 2014

FAIZ KAHWIN!!

Salam, lama tak menulis. bulan april lalu agak busy dengan outstation. dan kebetulan bulan april tu jugak faiz kahwin. sapa faiz?? faiz adalah anak saudara saya. cerita faiz ni menarik untuk dikongsi kerana dia ni dulu masa muda-muda usia dalam 20, 21 dia pernah bagitau dia tak nak kahwin. he3..tu duluuuuuu....7 8 tahun yang lalu..masa tahun 2007 tak silap. masa otw ke LRT Jelatek menjemput semua teman , dia pun tumpang sekali untuk ke tempat kerja di Pandan Indah tak silap saya, ada jugak saya korek-korek dah ada girl friend ke belum... saja ..nak memancing kot-kot dia nak cerita. tup tup dia kata malasla...orang tak nak kahwin..aik.. macam frust je kan..

Tapi masa berlalu, bertahun-tahun segala kenangan ulang alik tu jadi kenangan indah dan usik mengusik masa hari perkahwinan dia. masa pantas berlalu tak terasapun tiba-tiba tahun ni dia kahwin. kenal lebih kurang 6 bulan, merisik dan bertunang seterusnya berkahwin. hmm kalau dah jodoh tak de sesiapapun kat dunia ni yang mampu menyekat. tak gitu? macam aku dulu. jodoh dah sampai. 6 bulan dah nikah. alhamdulillah jodoh Allah yang bagi. Hanya Dia yang lebih mengetahui dan perancangannya memang indah dan diluar batasan kemampuan minda manusia biasa seperti kita ni. begitu jugak Faiz. aku pernah sebut 6 bulan bukanlah satu tempoh yang pendek dalam perkenalan. apabila jodoh dah sampai. 6 bulan ke...1 tahun ke...bukan ukuran sebuah perkenalan. sapa kita yang nak bagi jaminan satu tempoh tu kita betul-betul kenal pasangan kita? tak de sesiapa mampu bagi jaminan tempoh sesuatu hubungan yang panjang sebelum buat keputusan untuk berkahwin akan menjaminkan rumahtangga bahgia dan kekal...semuanya adalah atas kekuasaan Allah juga.

ok berbalik pada Faiz. Ni aku letaklah gambar kahwin dia. masa ni majlis diadakan di Dewan Risda, Jalan Ampang pada 19 April yang lalu. nama pasangan Zakiah, kami panggil Yaya. ok lepasni turn adik Faiz pulak iaitu Hanafi dijangkan melangsungkan majlis pernikahan pada 19 September akan datang di Johor dengan pasangan bernama Liyana yang biasanya dipanggil Liya..







1 ulasan:

bla...bla...bla...by u: