Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Isnin, 28 Februari 2011

Antara Kasih Sayang dan Cinta

aku tak pernah putus berdepan dengan masalah ni, ntah kenapa, tak pernah yang berkunjung tu tepat. tak tau nak terangkan macam mana sebenarnya. tapi bagi aku, yang mengikat kuat tiap pasangan itu sebenarnya bukan lah cinta tetapi kasih sayang, bagi aku cinta akan luput tapi kasih sayang kekal abadi. sehingga hari ini aku masih mencari cinta, kasih dan sayang. tapi masih juga tidak bertemu. tidak tahu samada berpeluang atau tidak bagi ku. aku tau apa yang terjadi sekarang ini bukan lah semata kerana takdir aku begini.. hanya Allah yang maha mengetahui, tanpa mempedulikan kesakitan yang aku tempuh, kesedihan, keperitan hati dan perasaan apabila dipermainkan membuatkan aku sedih dan kecewa. kerap kali berputus asa, tidak pernah aku nafikan, tapi aku bangkit maju ke depan kerana aku tidak mahu musnah semata-mata kerana cinta. kenapa mesti diriku dipilih untuk dikecewakan? apa salah yang aku lakukan? selama aku hidup, walaubagaimana marahpun aku pada seseorang aku tetap memaafkan, lambat atau cepat.... banyak yang ingin aku luahkan tetapi tidak tahu bagaimana. 

yang aku pasti, apabila kita menyayangi seseorang sedaya mungkin akan kita pastikan dia menjadi milik kita, kerana sudah tentu kita tidak mahu kehilangan dia, menerima setiap kelemahan dan kelebihan yang dia miliki adalah sesuatu yang perlu kita lakukan kerana dia dan kita adalah dari latar belakang yang berbeza.

jika engkau mengasihi aku, lepaskan lah apa yang mengganggumu.. mulakan hidup baru bersamaku, tiada bahagia yang aku janjikan pada mu melainkan aku akan berusaha untuk sentiasa di sisimu selagi nyawaku dibadan. tatkala engkau kehilanganku kerana dijemput ajal, percaya la, yang aku bawa mati itu, selain amal ibadah dan rasa cinta ku kepada Allah dan Muhammad SAW, adalah kasihku padamu...

2 ulasan:

bla...bla...bla...by u: