Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Khamis, 30 Disember 2010

HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!!!!!! 2011

Salam semua, tinggal 1 hari je sebelum 2011. Sedih jugak sebenarnya nak tinggalkan 2010. Tapi kita sebagai manusia takkan mampu menghalangnya. Betul tak?.. Apa azam tahun 2011 ni? untuk saya, tak de kot azam tahun baru.. hehe.. saya lebih melihat kehidupan sebagai sesuatu yang memang kita perlu perbaiki dari masa ke masa. Banyak perkara yang perlu dinilai semula, perlu sentiasa muhasabah diri. 

Ntah mengapa secara jujurnya sejak sebulan dua yang lalu, kadang2 terfikir juga mampukah saya sebagai manusia ini mendiami syurga Allah. Sayu hati bila memikirkannya. Terlalu kecil rasa diri ini. Kadang2 kita terlupa tentang hidup yang abadi yang kekal. Sedih pun ada sebab saya rasa macam tak layak je. Yang peliknya, kenapa pula tentang itu yang difikirkan? Sudah semakin hampirkah masa bagiku?? Takut? Bukanlah takut sebenarnya, cuma rasa macam banyak lagi yang tak dikumpulkan. Sempat ke? Harap2 begitulah. Walaubagaimanapun, saya amat mensyukuri hidup yang Allah berikan. 

Kadang2 terlajak juga perbuatan n kata2, dan cepat2 la kena ingatkan diri jangan melampaui batas. Cuma ada satu perkara yang saya tak pasti samada berpeluang atau tidak saya perolehi sebelum menghembuskan nafas terakhir. Moga aku diberi peluang  itu Ya Allah. Berilah aku peluang itu. Kebahgiaan dunia dan akhirat. Kekal menghiasi syurgamu.. bersama dia yang ku panggil suami..

Apapun 2010 meninggalkan banyak kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan..hehe at least lambat la lupanya. Yang paling bestnya.. apa lagi. kan pemain bola Malaysia berjaya membawa pulang piala Suzuki. dah 14 tahun dah beb..punya la seksa masa menanti habis masa tu...waduh2 siap berdoa minta masa cepat habis. walaupun menang agregat menang gak kan? dah rezeki...Alhamdulillah...TQ Allah. Kepada pemain2 HARIMAU MUDA.. tahniah ye bersusah payah..bertungkus lumus.. demi negara...haiyak!! jasamu dikenang. tingkatkan prestasi dan jangan leka dengan kemenangan. Moga lepas ni lebih banyak kemenangan yang diperolehi.. AMIN................


1 ulasan:

  1. tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi...zasss...MELODI!!!

    BalasPadam

bla...bla...bla...by u: