Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Selasa, 31 Mei 2011

1ST DAY @ NEW OFFICE

salam..
semalam saya lapor diri di tempat baru, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. buat masa ni tak dapat lagi nak bercerita lebih lanjut tentang keadaan di sana.tapi apa yang dapat saya share kan adalah saya suka keadaan persekitaran tempat kerja tu. aman dan damai. walaupun bangunannya lama dan tidak menarik tetapi bahagian dalamnya amatlah menyenangkan hati. dingin yang penting. sama juga ye kalau nak cari jodoh, heheh ke situ pulak ye. dan yang paling penting, jarak perjalanan telah berkurangan sebanyak hampir 20 km. peh... dokek yo.. hehe idak le begitu, sebab jalan masih agak banyak juga kenderaan tapi alhamdulillah saya sempat sampai rumah dalam 515pm. dapat la jugak berehat dan meregangkan otot menjelang maghrib. insyaAllah dalam tempoh 2 minggu lagi saya akan outstation ke Penang dan selang dua minggu kemudian ke sabah pula. sebenarnya sebelum ke sabah saya perlu ke sarawak tetapi memandangkan ada family program jadi saya tak dapat turut serta ke sarawak. kalaulah saya jadi ke sarawak saya balik selang 2 hari terus ke sabah. heheh balik tukar beg je, kuang3.. alhamdulillah. moga-moga bertambah murah rezki dan dapat jodoh, amin...doakan semua ye untuk saya....jasamu dikenang!!

lebiu..muahs....

Jumaat, 27 Mei 2011

Najwa Mahiaddin

salam..aha..pagi ni tengok ada cerita tentang gadis di atas di harian metro online. suara dia bes jugak la..pernah dengar dan tengok video clip dia yang bertajuk got to go. bagi saya dia amazing. comel pun dia tu walau nampak chubby tapi cute. bak kata komen-komen yang kita selalu dengar kat mentor nanyi kena ada jiwa.huhu. dia nyanyi berkesan. rasa macam nak dengar dan tengok lagi. hmm pasni nak cari satu lagu nasyid tapi tak tau tajuknya, cuma selalu dengar di ikim fm. kamu dengar tak ikim fm? cuba-cuba dengar menarik juga banyak nasihat teladan dan pengetahuan walaupun lagu-lagunya yang beralun tidak la seperti di stesen radio lain tapi bagus untuk dijadikan halwa telinga....

ok yang ni lirik lagu got to go, hanya sekadar mengisi ruangan di tulisan ini... tak de maksud tersirat :)

credit : http://liriklagu.net/english/najwa-mahiaddin/got-to-go/

Song Title: Got To Go
Artist/Singer: Najwa Mahiaddin
This time I’m gonna live my life
I ain’t no stepford wife
No I ain’t perfect
Gonna find somebody who’s worth it
And no you ain’t that person
Coz i caught you constantly flirtin’
With my best friend (my best friend)
So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy
Why…. (why why why)
You always makin’ me
Cry….. (cry cry cry)
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are
Even if you were a star
You’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to go (go go go go go go)
Read my lips I’m leavin’ and no no I ain’t teasin’
This time it’s for real
Gotta find you another girl
Coz this one sure ain’t stayin’
By the time you finish what you’re sayin’ I’ll be gone (I’ll be gone)
So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy
Why…. (why why why)
You always makin’ me
Cry….. (cry cry cry)
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are
Even if you were a star
You’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to..
You’ve got to..
You’ve got to..
I dont want you hear, I dont want you hear anymore…
You’ve got to..
You’ve got to..
I dont want you hear, I dont want you hear anymore…
Why….
You always makin’ me cry….
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are
Even if you were a star
Baby..
You’ve got to you’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to .. (go go go go go go)
You’ve got to go..

Khamis, 26 Mei 2011

CINTA KAIN PUTIH

salam
hmmm.. dengar lagu kawan sebelah ni tajuknya Cinta Kain Putih - Putra, sedap gak lagu tu, menyentuh hati...sedih..huhu

credit:http://www.liriklagu.com/liriklagu_nr/Putra_CintaKain.html

ni lagu dia:

Cinta Kain Putih

( 1 )
Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

( 2 )
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

( 3 )
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

( 4 )
( korus )
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

( 5 )
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur

( 6 )
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi

( ulang 1, 2 dan 4 )

( 7 )
Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa

( ulang 4 )

Jumaat, 20 Mei 2011

Selamat Petang!!

salam

lama juga rasa tak update blog ni, tak sempat nak masuk.hehe

sebagaimana yang pernah diceritakan, pertukaran saya telah diluluskan dan sepatutnya saya mula lapor diri pada 16hb lalu, tapi nampaknya tidak begitu mudah untuk saya memulakan tugas ditempat baru walaupun sebenarnya tidak sabar untuk melakukan begitu. sekarang ditempat lama ni sebenarnya kerja telah pun kurang, walaupun tidak pernah habis, tetapi tidaklah sampai sibuk seperti awal tahun hingga menyebabkan saya terpaksa tangguh 1 sem lagi course untuk habis, sebab tak sempat siap academic writing. nasib baik supervisor saya seorang yang bertimbangrasa dan memberi kebenaran untuk saya tambah 1 sem lagi.

ok, berbalik cerita pasal penangguhan pertukaran tersebut, saya telah diarah untuk tangguh selama dua minggu atas alasan kena latih dulu pengganti, benggang pun ada sebenarnya, masa saya ambil alih dulu, saya belajar sendiri dari fail juga tanya pada rakan sejawat, boleh je buat, lebih-lebih lagi masa saya ambil alih adalah time kritikal hujung tahun yang berpanjangan ke awal tahun ni. tapi pengganti saya lebih mudah urusan kerjanya kerana kerja-kerja yang rumit telah pun saya selesaikan. boleh je kalau saya nak tukar terus ke tempat baru. adus..tak percaya sangat pada orang lain, tu yang jadi macam tu. ingat ye, selalu saya katakan pada kawan-kawan, kalau kita banyak sangat rasa sangsi dan buruk sangka pada orang lain, itu tandanya hati kita ni penuh dihuni syaitan, dia yang menyebabkan kita selalu was-was. jadi sama-sama la kita berusaha memenuhi hati kita dengan apa yang kita tahu boleh menangkis hasutan syaitan... tak banyak sikit pun ok..

tapi pagi-pagi tadi bos bagitau kalau pengganti tu dapat faham dan mudah untuk buat kerja-kerja yang saya tunjukkan maka dibenarkan la saya untuk bertahan di tempat lama ni sehingga 27 mei. ok..nampak macam baik kan? hehe idok le begitu... sebenarnya bos yang lebih besar telah pun mengeluarkan arahan jika pengganti itu ok maka bos yang kecik ni kena la lepaskan saya lebih awal. jadi siapa lebih baik? tentulah bos besar tu..heheh...ok...sekian..moga Allah permudahkan untuk saya dan beri lebih banyak kebaikan dari segala segi kepada saya apabila saya memulaklan tugas ditempat baru. dan lebih bermakna jika tempat baru tersebut memberi keseronokan dan ketenangan untuk saya bekerja dan berbakti kepada agama, masyarakat dan negara. :D roger....salam

Selasa, 10 Mei 2011

HARI YANG BERMAKNA

Salam...ehem...

hari ini adalah hari yang bermakna untuk saya.. kenapa? heheh sebab saya telah dimaklumkan sendiri oleh bos antara yang tertinggi bahawa permohonan pertukaran secara dalaman saya telah diluluskan ke Kuala Lumpur. alhamdulillah...syukur pada Allah. nampak gayanya doa dan usaha saya dipertimbangkan Allah dengan amat mudah.. rasa terharu pun ada...yela...dapat perhatian Allah kan..:D... ternyata apabila kita berdoa dan kemudian tidak putus usaha, akan memberikan hasil yang kita impikan. memandangkan saya akan bertukar jadi saya berkira-kira akan dapat melakukan penjimatan dari kos pengangkutan. betul tak? betul...betul..betul....heheh....

ok....stk......adios....salam..

Khamis, 5 Mei 2011

KEINSAFAN-BERTEMU RASULULLAH S.A.W

salam..
tadi sempat menjenguk blog kwn dan tengok video yang disertakan. tentang pengalaman yang dikongsi oleh pelajar uia tentang mimpinya menemui rasulullah s.a.w. sungguh.. timbuk keinsafan dihati, mencurah-curah airmata ketika menyaksikan video tersebut. saya juga ingin menemui rasulullah. tapi saya tau saya tidak cukup sempurna menjadi seorang muslimin, terlalu banyak yang perlu diperbaiki. insya Allah dengan keinsafan ini saya akan mencuba untuk perbaiki yang mana buruk. sejak 1 minggu 2 ini saya sudah mula apa yang patut. memang harapan saya begitu besar didunia ini, moga beroleh tempat istimewa di akhirat kelak, dalam pada teragak-agak tentang kedudukan itu, yang boleh saya lakukan adalah berusaha....

satu ketika dulu, saya pernah mengenali seorang lelaki. bagi saya kehadirannya membawa kedamaian di hati, perasaan tenang dan damai. memang dia yang saya nanti-nantikan, pengharapan begitu tinggi, kerana dia memilik apa yang saya cari, ilmunya tentang islam. saya percaya dia mampu mendorong saya pada kehidupan yang lebih, amalan hidup dan rutin harian membuatkan saya ingin berkongsi hidup bersamanya. namun, segalanya adalah ketentuan Allah. saya tidak mampu menghalangnya, apa yang saya impikan nampaknya tidak mempunyai tanda-tanda akan tercapai. semangat dia juga tidak lagi seperti dulu, seperti ada sesuatu yang mengikatnya dari terus mempertahankan pendiriannya terhadap saya. dan sejujurnya saya benar-benar kecewa atas tindakan. bagi saya, mungkin saya tidak cukup baik untuk nya... sabagai manusia biasa apalah yang mampu saya lakukan. tetapi selepas berhari-hari berfikir, saya merasakan kelemahan itu datang dari diri saya sendiri, terlalu banyak compang campingnya pada iman saya... dari itu saya berusaha memperbaikinya.. meletakkan semula apa yang patut pada tempatnya, alhamdulillah saya mula menemui ketenangan yang saya cari, walau  pada hakikatnya masih terasa akan kekecewaannya. itulah hikmah sabar. apabila rasa sakit....saya beristighfar.. dari beban memikirkan masalah tiba-tiba rasa masalah tersebut tidak ada di dalam kepala..

saya berdoa moga suatu hari nanti saya jadi sepertinya... moga Allah kabulkan doa saya ni kerana jalan dia dan saya pilih adalah amat sama... bezanya antara kami ada dinding pemisah. dulu dia acapkali menanyakan kenapa dirinya yang saya pilih.. saya tak tau bagaimana ingin menerangkannya....tapi yang boleh saya nyatakan bagaimana hidup yang diimpikan untuk akhiratnya nanti adalah sama seperti kehidupan yang saya impikan untuk diri saya.. matlamat kami serupa....tapi sayang...saya tidak pasti apa yang bakal terjadi... hanya berserah pada Allah... moga di beri petunjuk dan jalan pada kami... amin...

saya juga ingin menemui rasulullah s.a.w..... 

Rabu, 4 Mei 2011

BUAT JAHAT DI BALAS JAHAT

salam...

hari ni ada seorang kawan kat office sms saya menceritakan tentang seorang bos di pejabat, bos tu dulu pernah perli-perli saya tidak pandai mengurus stress, hingga BP saya yang kat bawah tu over dari had. tiba-tiba hari ni saya dapat cerita dia pula yang mengadu tension..confius kejap sebenarnya, tapi kawan ni ada jugak sebut, dulu dia cakapkan saya dan sekarang kena pada diri dia balik.. cerita itu menyebabkan saya mencari maklumat di internet yang mana saya menemui cerita seperti di bawah ini dan kaitan tentang balasan yang Allah janjikan.. pada saya kalau pun perlu seseorang itu menerima balasan biarlah dia sendiri yang di balas, kerana dia sendiri yang melakukannya, walau bagaimanapun ramai yang menyebut bahawa kalau tak kena pada diri sendiri pasti ada diterima oleh anak, isteri, adik beradik mahupun kaum keluarga mereka sendiri..itu saya tidak pasti akan kepastiannya, cuma sebagai manusia adalah lebih baik untuk kita berhati-hati..

Buat jahat dapat balasan jahat yang setimpal, pengajaran dari Yunus:27

“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Bila Allah mengatakan setimpal ini, ALLAH adalah the best mathematician dan saya ada dua cerita untuk dikongsikan. Cerita pertama ini berlaku kira-kira pada tahun 1998 atau 1999. Hamba Allah perempuan ini adalah bekas pelajar saya dan telah dihantar mengajar ke Sabah. Bila cuti beliau balik ke rumahnya di sekitar JB. Satu ketika sebelum balik semula ke Sabah pada hujung Disember, beliau ada menemui saya. Dalam pertemuan ini beliau ada menceritakan bahawa housematenya baru menelefon beliau – rumah mereka dimasuki pencuri dan banyak barang yang telah dicuri. Saya segera panggil beliau masuk bilik dan bertanya,

“Nak ilmu tak?”
“Eh nak la!” jawabnya ringkas.
“Kalau nak ilmu kena jawab soalan-soalan saya, boleh tak?” Kata saya.

Selepas sesi soal jawab dan perkiraan mengguna kalkulator, saya kata “barang awak yang kena curi bernilai kira-kira RM1050” .

Terkejut betul dan dia terus memandang saya begitu lama. Lepas itu dia kata “Tak jauh beza angka yang diberikan?”. (Tak sampai RM50 selisihnya)

Persoalannya ialah bagaimana saya dapat hasilkan angka RM1050 tersebut? Ia adalah nilai yang mana pelajar saya ini terhutang kepada Allah kerana setiap kali dapat gaji dan elaun seberang laut dan sebagainya, beliau tidak keluarkan 2 ½ peratus. Duit yang telah tersimpan genap setahun juga tidak dikeluarkan 2 ½ peratus. Sebagai balasan yang setimpal, Allah ambil semula rezeki yang terhutang yang Allah berikan melalui kejadian kecurian di rumahnya.

Cerita kedua (nama bukan nama sebenar).
Pada waktu kisah ini ditulis (2004) Salmah pada waktu itu berusia kira-kira 77 tahun. Sewaktu ibu kepada Salmah ini masih hidup dahulu, Salmah cukup kurang ajar kepada ibunya sendiri. Salmah ada anak sulung bernama Ahmad. Selepas kahwin Ahmad ini cukup kurang ajar kepada ibunya Salmah.
Ahmad ini ada anak sulung bernama Omar dan anak sulung ini pandai, masuk MRSM tahun lapan puluhan dan lepas SPM terus dihantar oleh MARA ke Amerika. Sebelum ke Amerika Omar bergaduh dan menjadi kurang ajar kepada bapanya Ahmad.

Omar belajar di Amerika sampai dapat ijazah tetapi tak pernah hantar berita dan surat kepada bapanya Ahmad mahu pun kepada ibu dan keluarga lainya. Selepas dapat ijazah, Omar terus bekerja di Amerika untuk sekian lama tetapi terus tidak hantar berita sama ada masih hidup dan tiada sebarang kiriman duit kepada ibu bapanya. Selepas berbelas tahun di Amerika barulah 3 tahun lepas mula hantar surat dan menelefon ibu bapanya apabila Omar ini nak kahwin di Amerika. Sampai sekarang Omar masih berada di Amerika dan belum pernah balik ke Malaysia sejak berbelas tahun dulu. Inilah yang kita namakan lingkaran syaitan. Jikalau lingkaran syaitan ini tidak diputuskan, besok macam mana kelakuan anak kepada Omar ? Insya-Allah akan Allah berikan salah seorang anaknya yang mengulang sejarah lama.

Kini (April 2007), Omar masih bekerja di Amerika dan belum pernah balik lagi ke kampung menjenguk ayah ibu yang sudah tua semenjak meninggalkan tanah air pada awal 1990an. Ayah Omar kini sudah berusia lebih daripada 60 tahun. Omar kini sudah mempunyai dua orang anak yang dilahirkan di Amerika. Begitulah kisah kehidupan yang mirip macam kisah si Tanggang.
Salmah kini telah meninggal dunia. Sikap kurang ajar Ahmad kepada ibunya tetap diteruskan sehingga saat kematian. Walaupun disuruh orang ramai untuk melihat wajah arwah ibunya untuk kali terakhir, Ahmad tetap membatu tidak mahu melihatnya, sungguh keras hatinya. Begitulah Allah membalas ke atas satu-satunya anak kesayangan Ahmad yang masuk universiti dan ke luar negeri namun sehingga kini masih belum ada berita si Omar akan balik ke Malaysia. Mungkin selepas Ahmad meninggal dunia barulah Omar ini akan balik menjenguk orang tuanya, adik beradiknya serta tanah airnya yang telah ditinggalkan hampir 20 tahun lalu.

Dari dua kisah benar ini, marilah kita ambil iktibar bahawa Allah memang tidak pernah mungkir janji. Bila Allah berkata akan dibalas kejahatan dengan kejahatan yang setimpal, marilah kita semua mengambil iktibar dari ayat Allah ini dan seterusnya bertaubat. Apabila kita mencuri hak orang lain, nanti orang lain mencuri hak kita. Apabila kita melakukan khianat kepada orang lain, kelak Allah jadikan orang-orang tertentu yang melakukan khianat kepada diri kita. Apabila kita bertaubat, insya-Allah balasan setimpal ini Allah akan gantikan dengan balasan lain yang lebih ringan sebagai kafarah penebus dosa. Sekiranya Omar dalam kisah di atas bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, insya-Allah lingkaran syaitan tersebut akan terputus.
Sekian buat kali ini wassalam wallahualam.
 
credit: Emjay 
 
moga kita beroleh kesedaran dari cerita di atas..terutama kepada diri saya sendiri agar beringat dan lebih berhati-hati... 

Selasa, 3 Mei 2011

TAKDIR CINTA

salam...tadi melawat di blog seorang kawan lama masa belajar dulu.. baca kisah cerita duka lara dia, sedih.. mungkin sebab saya mengenalinya jadi saya terluka bila dia berkeadaan begitu, sedangkan semasa bahagianya saya melihat perkembangan mereka. dalam pada tu ada la lagu takdir cinta ni..best jugak. lagu lama rasanya....lirik dia seperti di bawah ye....


Lirik Lagu Rossa Takdir Cinta Lyrics
ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
reff:
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
repeat reff

credit: http://liriklaguindonesia.net/r/rossa/rossa-takdir-cinta/ 

Isnin, 2 Mei 2011

BUBU LAGI..

salam..

hmm hari ni, hari kedua saya tanpa bubu, begitu juga dengan cing, nampaknya kami masih terasa kehilangannya, sudah tentu hari ni baru dua hari. malam tadi aku susah nak lelapkan mata, teringatkan bubu, bila tengok cing lagi sedih. bubu suka sangat duduk atas riba aku, kadang-kadang sampai dia tertido, bila malam tadi, cing bising, saya rasa mungkin dia mencari dan memanggil bubu, masa saya menyangkung berdekatan dengan cing, dia datang ke sisi kiri dan kanan saya sambil cuba mengintai-intai mungkin dia beranggapan saya menyorokkan bubu. kemudian dia memandang ke tilam pink milik bubu, bubu kucing betina ye..hehe... lama dia merenung lepas tu cing alihkan pandangan, saya bangun menuju ke bilik, cing mengikut, sampai di muka pintu, cing berteleku sebentar, bukan!, lama jugak sebenanrnya, dia merenung ke lantai, saya tahu dia sedih, kerana saya juga begitu. kemudian saya panggil cing lama.. baru dia sahut dan memandang saya, saya ajak dia naik ke katil dan tidur dengan saya, dia baring dan memandang saya, saya katakan padanya.. bubu dah tak de, ingat tak pagi tadi bubu dah mati, moksu da tanam dia, seperti mengerti, dia memejamkan matanya, amat lama, saya sangka dia tidur, tetapi kemudian baru saya perasan dia menahan rasa sedihnya, matanya kelihatan berkaca, tentu dia bersedih, dia kehilangan anak.. pagi ni bangun saja tidur mulutnya riuh.. saya tahu dia mencari anaknya. 

cing adalah seekor kucing yang pelupa, masa bubu kecil, dia alihkan bubu dan kemudian dia cari balik, dia tak ingat mana dia letak bubu, kelakar betul, kami serumah mencari bubu. haru...kalau tak ibu cing tak mau diam.. kadang-kadang saya teringat cara bubu memandang.. dia suka melentok kan kepalanya dan memandang dengan mata yang bulat seperti kuaci hitam, hehe... bubu ada tanda lahir di sebelah bawah bibir kirinya, sekali tengok macam tahi lalat je.. bubu juga mempunyai tubuh yang kecil saiznya dan pakej yang dia milik termasuk bulu kembangnya membuatkan dia amat comel sekali di mata saya. saya kesal kerana tidak mahu ambil gambarnya semasa sihat sebagai kenangan. saya risau akan kehilangannya.. rupanya dia pergi juga...bak kata mak jangan ditangisi.. dia milik Allah...dipinjam kan kepada saya semasa hati saya gundah gulana.. tapi saya tetap sedih...kerana saya juga menyayanginya....saya perlu kuatkan hati, walau dugaan datang bertimpa..saya perlu terus tabah. kerana ujian Allah ini menunjukkan saya sentiasa mendapat perhatian Allah. saya amat beruntung sebenarnya...

buat masa ni, airmata ni masih tidak mahu berhenti mengalir, saya perasan mata juga bertambah cengkung....dan lebih teruk, kadang-kadang saya terpanggil bubu....petang ni, sakan cing tidur atas tilam... amboi.. ambil kesempatan nampak..mentang-mentang la tengah bersedih......

Ahad, 1 Mei 2011

BUBU DALAM KENANGAN

salam..

hari ni seharian saya dalam kesedihan, ingat tak lagi saya pernah bercerita tentang bubu, anak kucing yang usianya lebih kurang 1 1/2 bulan. bubu anak kucing yang nakal, suka menjerit bila kita usik dia, dia juga suka menggigit. sejak 2 minggu lepas, bubu sering sakit, mula dengan muntah-muntah, buang air sebab cacing, lepas tu kena cirit birit pula, mak dia, cing pula buat hal tak mau susukan bubu, tetapi sejak 2.. 3 hari lepas kesihatan bubu semakin merosot, jadi saya belikan dia botol susu untuk baby kucing, untuk bantu dia menyusu. seperti biasa amat payah cing untuk menyusukan bubu, tetapi, bubu masih tetap maukan susu ibunya. saya paksa bubu menyusu dari botol, namun hampa, dia menolok, sudahnya saya hulurkan ikan dan dia makan dengan berselera sekali sebab kelaparan, sejak malam semalam, bubu tak mau makan, minum air susu dan air masak pun dia susah nak telan, dia menggelupur, saya sedih sangat, kesian tengok keadaan dia macam tu, selama 1 minggu saya bercakap pada dia agar dia bertahan. jadi setiap kali saya pegang tangan dia, kukunya akan cengkam jari saya menunjukkan kekuatan semangatnya, sudah hampir 2 minggu saya berendam air mata, sejak 10hb april yang lalu, jadi bubu menjadi tempat untuk saya melepaskan gusar di hati, bila tengok bubu, hati saya hidup semula, menjaganya sewaktu sakit, membuatkan saya bertambah kasih padanya, akhirnya bubu pergi jugak, itu pun dia tunggu hingga saya bangun awal pagi tadi, bila dia nampak saya dia tegur, suaranya amat jauh ke dalam, matanya juga layu, tubuhnya tak payah cakap la, tulang je yang tinggal, bak kata mak, kalau kulit dia tak de, tentu berterabur tulangnya. 

bila tengok dia dalam keadaan macam tu saya pegang tangan dia, dia berusaha untuk bangun, tangannya sudah tegang, kakinya juga sudah lurus, tapi semangatnya yang tidak mahu mengecewakan saya membuatkan dia tetap mencengkam jari saya. saya amat berharap dapat melihat bubu membesar. kemudian saya katakan padanya, pergila bubu...mak su ok....tak lama kemudian dia tarik nafas dan lepaskan perlahan, nadinya juga makin perlahan dari di lihat denyutannya di dada, akhirnya denyut tu hanya wujud di perutnya, dan makin lama lemah dan terus hilang. saya rasa kecewa sangat. sedih, tiada lagi bubu yang kuat macam mok su, tiap ari saya cakap pada dia, dia kuat macam mok su, tentu bubu boleh bertahan, tapi akhirnya saya terpaksa lepaskan dia, kerana kasihnya pada saya menyebabkan saya tak mampu untuk terus mempertahannya dari meninggalkan saya.... bubu pergi jua jam 8.30 pagi tadi pada 1 Mei 2011...

begitulah kasih seekor anak kucing, walaupun dia tidak mampu berkata-kata seperti manusia, tapi kita dapat rasakan kasih sayangnya...dari matanya yang bercahaya apabila memandang kita, dan tegurannya apabila nampak kelibat kita... walau dia dalam kesakitan dia tetap berusaha menceriakan kita yang berkorban untuknya. haiwan amat berbeza dengan manusia, bila manusia buat jahat kita selalu bandingkan manusia dengan haiwan, tapi hakikatnya apabila kita berjasa dan berkorban masa, tenaga pada haiwan, mereka lebih pandai untuk menghargai dan memastikan kita merasa bahagia, manusia tidak, mereka lebih cenderung untuk mengabaikan manusia yang lain, umpama apabila dapat gading, tanduk tidak berguna lagi... bila mendapat gading baru kata tak mau melukakan ati orang lain, mungkin dia tak sedar, kerana menjaga ati orang yang tidak ambil berat padanya dulu membuatkan ati orang yang berusaha menceriakan hidupnya masa duka terluka.....hanya Allah yang tahu, paling mengecewakan apabila apa yang kita buat dan cakap membuatkan dia merasa menyampah dan bosan serta memeningkan sedang dulu semua perbuatan kita adalah elok dan menarik pada pandangannya....walaupun hanya beberapa jam kelihatan bubu, saya sudah rindu... bubu tiada lagi, yang tinggal hanyalah kenangan dengannya... moga satu hari nanti saya mampu meraih dan memiliki kasih sayang yang setulus bubu dan cing dari seorang lelaki yang di panggil suami, amin....ya Allah....amin....

saya akan masukkan video bubu kemudian nanti...

SALAM N MRNING SYG!

salam..

hm jam ketika ini menunjukkan tepat jam 1.10 pagi, mata saya belum mengantuk walaupun da berat, ingat nak study sikit untuk exam yang bakal menjelang. entah macam mana, tiba teringat rutin harian beberapa ketika yang lalu.. rutin pagi yang sentiasa memberi semangat untuk ceria hingga ke malam..

saya: salam n mrning syg, da bangun ke?
dia: wsalm n mrning 2 u 2, da bangun da, tadi lagi..
saya: da siap ke?
dia: tengah siap ni, syg da siap?
saya: tengah siap2 jugak..
dia: nak pic...
saya: nanti saya send..
dia: ok, tq, da nak keluar ke?
saya: yup, baru je keluar, awk?
dia: belum, tengah panaskan enjin kereta kejap, kejap lagi bertolak la..
saya: ok, saya nak bertolak da..
dia: ok, hati-hati drive..
saya: ye, tq, awk pun hati-hati drive ok?
dia: wokey, tq, nanti jangan lupa send pic ye...
saya: ok, lebiu
dia: lebiu 2, muahss...

hmm, bila teringat-ingat rindu sangat kat dia, tapi masa tidak boleh di putar semula, semua menjadi kenangan dan berada dalam lipatan sejarah, apa daya, saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk mempertahankan apa yang saya sayang, tidak ada kemampuan untuk melakukannya. walaupun hati terasa perit dan jerih untuk meneruskan kehidupan harian, terpaksa juga saya lakukan, rasa langkah dari sehari ke sehari lemah dan longlai. kerapkali saya rasa tidak mampu untuk terus melangkah tanpa dirinya, kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa situasi begini berlaku berulang kali pada kita. tidak cukupkah apa yang kita lakukan untuk menunjukkan kesungguhan dan kasih kita padanya hingga akhirnya kita diketepikan. tidak bermaknakah semua pengorbanan yang dilakukan walaupun pengorbanan itu adalah kecil, dimana perginya semua janji untuk melindung menjaga dan berjanji untuk tidak meninggalkan diri kita ynag diungkapkan olehnya. segala berubah sekelip mata seolah-olah tidak pernah ada apa-apa hubungan antara satu sama lain, tidak mengenali. hingga hari ini, secara jujurnya saya masih tidak mampu melupakan dirinya seratus peratus. mungkin dia tidak sedar, kasih yang datang kemudian ini lebih kukuh dari yang telah ada.. buktinya jelas. 

teringat juga cerita tentang seorang sahabat yang mengambil masa terlalu lama untuk memulihkan diri, pesanku, mengapa perlu kita mendera diri sedangkan dia sedang bergembira dengan temannya dan tidak sekali mengingati kita, buktinya? dia tidak menghubungi kita walaupun setakat ungkapan 'hi'.. masa akan terus berlalu, walaupun perit jerih untuk bangkit semula, sebagai manusia yang beriman kepada Allah, tiada lain kita dapat sandarkan segala pengharapan dan bantuan hanya pada Allah SWT. manusia akan datang dan pergi, adakala wujud dan lenyap, adakala sayang dan kemudian benci, membisu seribu bahasa, tetapi Allah sentiasa ada dan bersedia untuk kita, dia ada di mana-mana. dia sudi mendengar dan kerana rasa kasihnya pada kita, apabila kita mengadu padanya, walau sakit masih ada, ketenangan dapat kita perolehi. terlalu banyak tentang hidup ini dan tentang Dia yang perlu saya belajar lagi. semoga di setiap satu doa-doa, aduan dan tangisan yang diadukan padaNya di dengari dan di beri pertolongan. yang kita pilih itu tidak semestinya permata dan yang dibuang itu belum tentu adalah kaca..