salam..
tadi sempat menjenguk blog kwn dan tengok video yang disertakan. tentang pengalaman yang dikongsi oleh pelajar uia tentang mimpinya menemui rasulullah s.a.w. sungguh.. timbuk keinsafan dihati, mencurah-curah airmata ketika menyaksikan video tersebut. saya juga ingin menemui rasulullah. tapi saya tau saya tidak cukup sempurna menjadi seorang muslimin, terlalu banyak yang perlu diperbaiki. insya Allah dengan keinsafan ini saya akan mencuba untuk perbaiki yang mana buruk. sejak 1 minggu 2 ini saya sudah mula apa yang patut. memang harapan saya begitu besar didunia ini, moga beroleh tempat istimewa di akhirat kelak, dalam pada teragak-agak tentang kedudukan itu, yang boleh saya lakukan adalah berusaha....
satu ketika dulu, saya pernah mengenali seorang lelaki. bagi saya kehadirannya membawa kedamaian di hati, perasaan tenang dan damai. memang dia yang saya nanti-nantikan, pengharapan begitu tinggi, kerana dia memilik apa yang saya cari, ilmunya tentang islam. saya percaya dia mampu mendorong saya pada kehidupan yang lebih, amalan hidup dan rutin harian membuatkan saya ingin berkongsi hidup bersamanya. namun, segalanya adalah ketentuan Allah. saya tidak mampu menghalangnya, apa yang saya impikan nampaknya tidak mempunyai tanda-tanda akan tercapai. semangat dia juga tidak lagi seperti dulu, seperti ada sesuatu yang mengikatnya dari terus mempertahankan pendiriannya terhadap saya. dan sejujurnya saya benar-benar kecewa atas tindakan. bagi saya, mungkin saya tidak cukup baik untuk nya... sabagai manusia biasa apalah yang mampu saya lakukan. tetapi selepas berhari-hari berfikir, saya merasakan kelemahan itu datang dari diri saya sendiri, terlalu banyak compang campingnya pada iman saya... dari itu saya berusaha memperbaikinya.. meletakkan semula apa yang patut pada tempatnya, alhamdulillah saya mula menemui ketenangan yang saya cari, walau pada hakikatnya masih terasa akan kekecewaannya. itulah hikmah sabar. apabila rasa sakit....saya beristighfar.. dari beban memikirkan masalah tiba-tiba rasa masalah tersebut tidak ada di dalam kepala..
saya berdoa moga suatu hari nanti saya jadi sepertinya... moga Allah kabulkan doa saya ni kerana jalan dia dan saya pilih adalah amat sama... bezanya antara kami ada dinding pemisah. dulu dia acapkali menanyakan kenapa dirinya yang saya pilih.. saya tak tau bagaimana ingin menerangkannya....tapi yang boleh saya nyatakan bagaimana hidup yang diimpikan untuk akhiratnya nanti adalah sama seperti kehidupan yang saya impikan untuk diri saya.. matlamat kami serupa....tapi sayang...saya tidak pasti apa yang bakal terjadi... hanya berserah pada Allah... moga di beri petunjuk dan jalan pada kami... amin...
saya juga ingin menemui rasulullah s.a.w.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
bla...bla...bla...by u: