Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Khamis, 5 April 2012

MIRI, SARAWAK


salam
hari ni hari ketiga berada di miri, sarawak. kawasan ni masih terjaga. tempatnya tak begitu serabut. masih dapat merasai ketenangannya. di bandar miri ni ada satu tempat dipanggil 'Grand Old Lady'. tempat ni terletak atas bukit. nice view. dari sini kita dapat tengok kawasan persekitaran bandar miri. kawasan ni sebenarnya kawasan pertama sumber minyak petrol. yang peliknya sumber tersebut terletak di kawasan tanah tinggi. sedangkan sekarang kawasannya di laut.tapi sebenarnya 'Grand Old Lady' ni berhampiran laut jugak.

ada beberapa gambar yang sempat kami ambil. nanti baru upload eh.. opss..lupa saya kat miri ni bukan bercuti eh..ikut boss mesyuarat le apo laie...hik3....jam sekarang menunjukkan 9.43 am. hm..tak pasti lagi bila nak abis ni. mungkin ikut seperti yang dijadualkan atau ada jugak kemungkinan kena drag masanya... penat jugak. mata dah tak larat nak buka. aduhai... 

di sini kami berkampung di hotel dynasty. cantik jugak hotel ni. biliknya pun cantik. lapang. kalau kat kl sempit sikitlah..melainkan hotel 5 bintang tu...hehhe...ikut perancangan kami akan berada di sini sehingga hari jumaat ni, esok la kiranya. insyaAllah kalau tak de aral jam 10++ pagi kami bertolak balik. tu pun dah tukar flight dari jam 2pm ke 10 pagi. tak sabar dah nak balik rumah ni. 

oh ye. kami sempat juga membeli di pasar tamu..kat miri ni kita boleh dapat beras bukit atau pun dipanggil beras bario. selain tu ada juga beberapa nama beras lain yang ditanam di kawasan bukit sesetengah tempat. berasnya agak pendek dan gemuk. sekilo berharga RM10 ke atas. lagi satu yang istimewanya di sini garam bukit. menurut sales hotel tempat kami stay ni musim udang geragau baru je berakhir. masa tengah banyak udang tu dijual dengan harga yang agak murah. tau ke udang geragau tu apa? udang yang digunakan untuk buat cencalok tu la.. tapi kat sini udang geragaunya agak besar-besar. baunya jugak wangi. kalau buat nasi goreng blend sikit udang tu dengan cili tapi jangan bagi hancur sangat. sedap. cubalah...

ok la....nanti sambung ye...daaaaaaaaaaa

6 ulasan:

  1. seronoknye keje akak sekarang...

    kak dah habis lom kat uitm haritu? caner result??

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..blh la...sekarang ni dok berjalan je....merata gak perginya.....da abis da uitm baru ni...alhamdulillah lulus semua...tp result tak power la banyak plak masalah 2 sem terakhir aritu...sikit sebanyak drop jugak.sekarang tgh tunggu nak konvo je..awak bila nak sambung degree plak?

      Padam
  2. Balasan
    1. alahai jiej aku baru nengok msg ko ni ha....kat miri agak mahal la brg2nya...akupun tak shopping apa...mungkin len kali....insyaAllah...:D

      Padam
  3. best yer!!!! dapay gi sabah sarawak!!! arrghhh!!! aku jeles giler!! ahahaha..~
    tp mmg jeles pun..hohoho..~ :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu...ni yg lagi semangat aku nak menjeleskan ko ni ha...meh la tuka kat kl..kuarters ada dekat je..

      Padam

bla...bla...bla...by u: