salam..
hari ni seharian saya dalam kesedihan, ingat tak lagi saya pernah bercerita tentang bubu, anak kucing yang usianya lebih kurang 1 1/2 bulan. bubu anak kucing yang nakal, suka menjerit bila kita usik dia, dia juga suka menggigit. sejak 2 minggu lepas, bubu sering sakit, mula dengan muntah-muntah, buang air sebab cacing, lepas tu kena cirit birit pula, mak dia, cing pula buat hal tak mau susukan bubu, tetapi sejak 2.. 3 hari lepas kesihatan bubu semakin merosot, jadi saya belikan dia botol susu untuk baby kucing, untuk bantu dia menyusu. seperti biasa amat payah cing untuk menyusukan bubu, tetapi, bubu masih tetap maukan susu ibunya. saya paksa bubu menyusu dari botol, namun hampa, dia menolok, sudahnya saya hulurkan ikan dan dia makan dengan berselera sekali sebab kelaparan, sejak malam semalam, bubu tak mau makan, minum air susu dan air masak pun dia susah nak telan, dia menggelupur, saya sedih sangat, kesian tengok keadaan dia macam tu, selama 1 minggu saya bercakap pada dia agar dia bertahan. jadi setiap kali saya pegang tangan dia, kukunya akan cengkam jari saya menunjukkan kekuatan semangatnya, sudah hampir 2 minggu saya berendam air mata, sejak 10hb april yang lalu, jadi bubu menjadi tempat untuk saya melepaskan gusar di hati, bila tengok bubu, hati saya hidup semula, menjaganya sewaktu sakit, membuatkan saya bertambah kasih padanya, akhirnya bubu pergi jugak, itu pun dia tunggu hingga saya bangun awal pagi tadi, bila dia nampak saya dia tegur, suaranya amat jauh ke dalam, matanya juga layu, tubuhnya tak payah cakap la, tulang je yang tinggal, bak kata mak, kalau kulit dia tak de, tentu berterabur tulangnya.
bila tengok dia dalam keadaan macam tu saya pegang tangan dia, dia berusaha untuk bangun, tangannya sudah tegang, kakinya juga sudah lurus, tapi semangatnya yang tidak mahu mengecewakan saya membuatkan dia tetap mencengkam jari saya. saya amat berharap dapat melihat bubu membesar. kemudian saya katakan padanya, pergila bubu...mak su ok....tak lama kemudian dia tarik nafas dan lepaskan perlahan, nadinya juga makin perlahan dari di lihat denyutannya di dada, akhirnya denyut tu hanya wujud di perutnya, dan makin lama lemah dan terus hilang. saya rasa kecewa sangat. sedih, tiada lagi bubu yang kuat macam mok su, tiap ari saya cakap pada dia, dia kuat macam mok su, tentu bubu boleh bertahan, tapi akhirnya saya terpaksa lepaskan dia, kerana kasihnya pada saya menyebabkan saya tak mampu untuk terus mempertahannya dari meninggalkan saya.... bubu pergi jua jam 8.30 pagi tadi pada 1 Mei 2011...
begitulah kasih seekor anak kucing, walaupun dia tidak mampu berkata-kata seperti manusia, tapi kita dapat rasakan kasih sayangnya...dari matanya yang bercahaya apabila memandang kita, dan tegurannya apabila nampak kelibat kita... walau dia dalam kesakitan dia tetap berusaha menceriakan kita yang berkorban untuknya. haiwan amat berbeza dengan manusia, bila manusia buat jahat kita selalu bandingkan manusia dengan haiwan, tapi hakikatnya apabila kita berjasa dan berkorban masa, tenaga pada haiwan, mereka lebih pandai untuk menghargai dan memastikan kita merasa bahagia, manusia tidak, mereka lebih cenderung untuk mengabaikan manusia yang lain, umpama apabila dapat gading, tanduk tidak berguna lagi... bila mendapat gading baru kata tak mau melukakan ati orang lain, mungkin dia tak sedar, kerana menjaga ati orang yang tidak ambil berat padanya dulu membuatkan ati orang yang berusaha menceriakan hidupnya masa duka terluka.....hanya Allah yang tahu, paling mengecewakan apabila apa yang kita buat dan cakap membuatkan dia merasa menyampah dan bosan serta memeningkan sedang dulu semua perbuatan kita adalah elok dan menarik pada pandangannya....walaupun hanya beberapa jam kelihatan bubu, saya sudah rindu... bubu tiada lagi, yang tinggal hanyalah kenangan dengannya... moga satu hari nanti saya mampu meraih dan memiliki kasih sayang yang setulus bubu dan cing dari seorang lelaki yang di panggil suami, amin....ya Allah....amin....
saya akan masukkan video bubu kemudian nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
bla...bla...bla...by u: