Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Jumaat, 20 Mei 2011

Selamat Petang!!

salam

lama juga rasa tak update blog ni, tak sempat nak masuk.hehe

sebagaimana yang pernah diceritakan, pertukaran saya telah diluluskan dan sepatutnya saya mula lapor diri pada 16hb lalu, tapi nampaknya tidak begitu mudah untuk saya memulakan tugas ditempat baru walaupun sebenarnya tidak sabar untuk melakukan begitu. sekarang ditempat lama ni sebenarnya kerja telah pun kurang, walaupun tidak pernah habis, tetapi tidaklah sampai sibuk seperti awal tahun hingga menyebabkan saya terpaksa tangguh 1 sem lagi course untuk habis, sebab tak sempat siap academic writing. nasib baik supervisor saya seorang yang bertimbangrasa dan memberi kebenaran untuk saya tambah 1 sem lagi.

ok, berbalik cerita pasal penangguhan pertukaran tersebut, saya telah diarah untuk tangguh selama dua minggu atas alasan kena latih dulu pengganti, benggang pun ada sebenarnya, masa saya ambil alih dulu, saya belajar sendiri dari fail juga tanya pada rakan sejawat, boleh je buat, lebih-lebih lagi masa saya ambil alih adalah time kritikal hujung tahun yang berpanjangan ke awal tahun ni. tapi pengganti saya lebih mudah urusan kerjanya kerana kerja-kerja yang rumit telah pun saya selesaikan. boleh je kalau saya nak tukar terus ke tempat baru. adus..tak percaya sangat pada orang lain, tu yang jadi macam tu. ingat ye, selalu saya katakan pada kawan-kawan, kalau kita banyak sangat rasa sangsi dan buruk sangka pada orang lain, itu tandanya hati kita ni penuh dihuni syaitan, dia yang menyebabkan kita selalu was-was. jadi sama-sama la kita berusaha memenuhi hati kita dengan apa yang kita tahu boleh menangkis hasutan syaitan... tak banyak sikit pun ok..

tapi pagi-pagi tadi bos bagitau kalau pengganti tu dapat faham dan mudah untuk buat kerja-kerja yang saya tunjukkan maka dibenarkan la saya untuk bertahan di tempat lama ni sehingga 27 mei. ok..nampak macam baik kan? hehe idok le begitu... sebenarnya bos yang lebih besar telah pun mengeluarkan arahan jika pengganti itu ok maka bos yang kecik ni kena la lepaskan saya lebih awal. jadi siapa lebih baik? tentulah bos besar tu..heheh...ok...sekian..moga Allah permudahkan untuk saya dan beri lebih banyak kebaikan dari segala segi kepada saya apabila saya memulaklan tugas ditempat baru. dan lebih bermakna jika tempat baru tersebut memberi keseronokan dan ketenangan untuk saya bekerja dan berbakti kepada agama, masyarakat dan negara. :D roger....salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bla...bla...bla...by u: