Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Ahad, 1 Mei 2011

SALAM N MRNING SYG!

salam..

hm jam ketika ini menunjukkan tepat jam 1.10 pagi, mata saya belum mengantuk walaupun da berat, ingat nak study sikit untuk exam yang bakal menjelang. entah macam mana, tiba teringat rutin harian beberapa ketika yang lalu.. rutin pagi yang sentiasa memberi semangat untuk ceria hingga ke malam..

saya: salam n mrning syg, da bangun ke?
dia: wsalm n mrning 2 u 2, da bangun da, tadi lagi..
saya: da siap ke?
dia: tengah siap ni, syg da siap?
saya: tengah siap2 jugak..
dia: nak pic...
saya: nanti saya send..
dia: ok, tq, da nak keluar ke?
saya: yup, baru je keluar, awk?
dia: belum, tengah panaskan enjin kereta kejap, kejap lagi bertolak la..
saya: ok, saya nak bertolak da..
dia: ok, hati-hati drive..
saya: ye, tq, awk pun hati-hati drive ok?
dia: wokey, tq, nanti jangan lupa send pic ye...
saya: ok, lebiu
dia: lebiu 2, muahss...

hmm, bila teringat-ingat rindu sangat kat dia, tapi masa tidak boleh di putar semula, semua menjadi kenangan dan berada dalam lipatan sejarah, apa daya, saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk mempertahankan apa yang saya sayang, tidak ada kemampuan untuk melakukannya. walaupun hati terasa perit dan jerih untuk meneruskan kehidupan harian, terpaksa juga saya lakukan, rasa langkah dari sehari ke sehari lemah dan longlai. kerapkali saya rasa tidak mampu untuk terus melangkah tanpa dirinya, kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa situasi begini berlaku berulang kali pada kita. tidak cukupkah apa yang kita lakukan untuk menunjukkan kesungguhan dan kasih kita padanya hingga akhirnya kita diketepikan. tidak bermaknakah semua pengorbanan yang dilakukan walaupun pengorbanan itu adalah kecil, dimana perginya semua janji untuk melindung menjaga dan berjanji untuk tidak meninggalkan diri kita ynag diungkapkan olehnya. segala berubah sekelip mata seolah-olah tidak pernah ada apa-apa hubungan antara satu sama lain, tidak mengenali. hingga hari ini, secara jujurnya saya masih tidak mampu melupakan dirinya seratus peratus. mungkin dia tidak sedar, kasih yang datang kemudian ini lebih kukuh dari yang telah ada.. buktinya jelas. 

teringat juga cerita tentang seorang sahabat yang mengambil masa terlalu lama untuk memulihkan diri, pesanku, mengapa perlu kita mendera diri sedangkan dia sedang bergembira dengan temannya dan tidak sekali mengingati kita, buktinya? dia tidak menghubungi kita walaupun setakat ungkapan 'hi'.. masa akan terus berlalu, walaupun perit jerih untuk bangkit semula, sebagai manusia yang beriman kepada Allah, tiada lain kita dapat sandarkan segala pengharapan dan bantuan hanya pada Allah SWT. manusia akan datang dan pergi, adakala wujud dan lenyap, adakala sayang dan kemudian benci, membisu seribu bahasa, tetapi Allah sentiasa ada dan bersedia untuk kita, dia ada di mana-mana. dia sudi mendengar dan kerana rasa kasihnya pada kita, apabila kita mengadu padanya, walau sakit masih ada, ketenangan dapat kita perolehi. terlalu banyak tentang hidup ini dan tentang Dia yang perlu saya belajar lagi. semoga di setiap satu doa-doa, aduan dan tangisan yang diadukan padaNya di dengari dan di beri pertolongan. yang kita pilih itu tidak semestinya permata dan yang dibuang itu belum tentu adalah kaca..

2 ulasan:

  1. yup... yg penting kasih Allah tu kekal abadi....bukan mau tunggu lama..tapi tak ada sesiapa yang mampu buka kunci hati tu.... tambahan dengan fobia juga perasaan rendah diri tu...siapalah kita kak.....

    BalasPadam
  2. hmm..betul tu...akak pun stuju dengan awk.. kita kena kuat apa pun....kerana kesedihan kita membuat dia merasa bangga...belum tentu semua mempunyai ati yg sama dgn kita...

    BalasPadam

bla...bla...bla...by u: