Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Selasa, 2 Ogos 2011

RAMADHAN TELAH KEMBALI

Salam semua..
akhirnya pada hari ini, setelah senyap sunyi selama 1 bulan lebih kurang, saya kembali meng'hapdet' blog ini.. huhu itupun lepas di ingatkan oleh orang yang sama iaitu cik aze supaya saya update blog ini.. kat FB pun dia ingatkan kui3. bukan tak nak update tapi tak sempat-sempat.

seperti tahun lalu, kedatangan bulan ramadhan ini amat dinanti-nantikan oleh saya. semenjak beberapa minggu yang lalu, bila teringat ramadhan bakal berkunjung hati berdebar-debar. ala-ala sama la debarnya macam nak jumpa en. 'ahmad'. hehe.. ntah kenapa sejak usia meningkat dewasa ni, persepsi tentang bulan ramadhan berubah dengan begitu banyak sekali. dulupun bukanla negatif, cuma sekarang ni rasa macam makin banyak pula untuk ditingkat. perbaiki mana-mana yang berlubang-lubang dulu. rasanya ramai yang sependapat dengan saya kan? apapun sekarang perasaan menyambut, melalui dan menamatkan bulan ramadhan adalah berbeza sama sekali. tidak lagi seperti usia remaja dulu.

dalam bercerita bulan puasa ni, biasalah...hari pertama puasa juadah berbuka yang di rancang hanya1 jenis tiba-tiba jadi berjenis-jenis.. kenapa eh? hehe... semalam saya bercuti rehat yang lebih kepada emergency leave. boleh? boleh aje, kita yang buat dia..kui3.. bangun pagi tiba rasa kepala macam agak-agak migraine je.. teringat juga kat mak yang tak berapa sihat. lauk untuk berbuka juga tak sempat dibeli (biasa beli stok seminggu) kerana kesuntukan masa akibat daripa outstation selama dua minggu berturut. seminggu ke terengganu off dua hari dan kemudian ke melaka juga selama dua minggu. ok..yang itu kita akan cerita kemudian. saya msg bos minta EL. selesai.

bila migraine berkurangan, saya pun memulakan langkah yang rupanya penuh sepanjang hari macam orang pergi kerja juga. letih. bawa mak ke NSK beli lauk-pauk, ada ikan dan sayur. kemudian ke pasaraya hero beli ikan bilis kecil yang segar ye..bukan yang kering tu dan sedikit lala serta lain-lain keperluan. balik hantar emak. saya ke pejabat pos carrefourre wangsa manju. ambil je nombor, terbeliak biji mata. amik ko no sekarang 2138 no saya? 2185. hehehuihi semua rasa ada.. nak balik tak tau bila lagi nak bayar bil. jadi sementara menunggu, rasa-rasa lebih baik pergi beli langsir. tahun ni tema cream dan juga warna maroon. santek la.. settle. nak menjahitnya entah bila pula. kena pandai curi masa.

sampai rumah dekat jam 530. penat bukan main. tapi sempat juga sediakan kari udang, ikan bilis pais dan lala sambal. berselera masing-masing masa berbuka. disebabkan seharian ke hulur ke hilir. air teh o kurang manis la paling laris.. tapi sayang, lupa la nak ambil gambar juadah tu.. lebih-lebih lagi ikan bilis pais tu jarang-jarang dapat makan sebab tak semua kedai ada jual ikan bilis segar..

okla. cukup buat masa ni, tunggu ye next pos, insyaAllah akan ada lagi selepas ini. adios..

2 ulasan:

  1. ishhh cerita bab makan je nih..aiyooo.....~ perut bunyikkk

    BalasPadam
  2. huhu...itu la yg bes nya pun time2 bebuka..kih3

    BalasPadam

bla...bla...bla...by u: