Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Khamis, 4 Ogos 2011

JUADAH BERBUKA SEMALAM

Salam

semalam tiba awal di rumah.. dalam jam 5. nak tau kenapa? sebab saya bayar rm2 untuk jalan yang kurang sesak? kot.. ikut DUKE la heheh apa lagi, bolehla, kenderaan masih kurang lagi kot masa tu sebab saya keluar awal jam 430 petang. alhamdulillah, minta-minta sepanjang bulan ramadhan ni setiap hari saya dapat pulang awal.amin..

tiba je di rumah, baru ingat nak duduk kejap. berehat la konon. tiba-tiba tengok mak dah sibuk-sibuk nak masuk dapur. aish.. tak boleh jadi ni, saya pun meluru sekali. nanti dia sakit kaki lagi!. sudahnya nya mak jadi assistant je kat dapur, assistant senaman mulut, kah3...

jadi, berbuka puasa semalam juadah yang terhidang adalah hasil air tangan saya sendiri, memang puas hati sebab mak dapat berehat, awal-awal je dia bantu memotong sayur dan sediakan bahan. bila ramai yang makan, masak pun jadi seronok. maka masa berbuka yang terhidang adalah sambal goreng ikan bilis + tempe + kentang, sambal tempoyak ikan bilis, ikan goreng, lemak bayam + petola dan juga mee goreng. dalam pada itu, kakak kesayangan pun ada membeli juadah tambahan iaitu pajeri nenas dan terung, ayam masak merah dan sedikit kuih-muih. ha.. lupa satu lagi, masa otw balik saya singgah membeli roti john. tapi... lupa nak makan, orang lain yang kasi habis, huhu alhamdulillah.. tak membazir..

ok, adios...

3 ulasan:

bla...bla...bla...by u: