Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Isnin, 20 Jun 2011

ABAH...

semalam hari bapa eh? huhu....tapi sayang saya tiada lagi abah untuk sambut hari istimewa tersebut... masa hari ibu yang lalu ada juga buat sambutan sikit untuk emak tersayang.. sayu rasa hati bila teringat abah. abah berbeza dari mak. abah lembut tapi agak kedekut..heheh...tu yang buat istimewa. ingat masa kecil, selalu minta seringgit, tangan dia punyala menggigil nak keluarkan duit...huhu... kenangan... tapi abah baik. jarang sangat marah walau nakal macam mana pun. mak tegas.. tapi hati mak lebih lembut dari abah. mak hebat, dialah pengurus rumahtangga yang terbaik untuk kami adik beradik termasuklah abah. kalau abah yang urus tentu porak perandalah kami adik beradik. kih3..

rindu sangat pada abah. kalau dia masih ada dan melihat apa yang berlaku pada anak kesayangan dia ni, tentu dia kecewa dan bersedih.. kerana saya sendiri bersedih dengan nasib yang saya lalui sekarang ini.. entah bila akan berakhir. tidak pasti jika berpeluang menempuh bahagia sebelum penghujung nyawa. walaupun begitu saya tetap bahagia dengan cara saya sendiri.. tidak memiliki sesuatu yang orang lain juga miliki, buat masa ini sekurang-kurangnya tidak bermakna kita tidak mampu mengecapi kebahgiaan, cuma bahagianya berbeza daripada mereka yang memiliki apa yang kita mahukan. cuma kadang-kadang kita tetap juga merasa kosong, sepi dan sunyi. hanya yang melaluinya akan merasai.

selamat hari bapa abah.... kasih sayangmu kekal sepanjang hayat... buktinya saya masih hidup dengan baik di bumi Allah ini berbekalkan kasih sayangmu yang diserahkan kepada mak, kak long, abang ngah dan kak dah.. walau sering dilambung ombak di lautan sepi, saya masih tabah seperti mak dan penyayang seperti abah berdikari seperti kak long, bijak seperti kak dah dan kuat seperti abang ngah. terima kasih abah kerana beri hidup yang terurus untuk saya dan alhamdulillah tak sia-sia dulu abah berulang alik hantar dan jemput saya dari sekolah agama juga sekolah rendah dan menengah.. jasamu dikenang selagi hayat dikandung tanah...

8 ulasan:

bla...bla...bla...by u: