Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Isnin, 20 Jun 2011

ABAH...

semalam hari bapa eh? huhu....tapi sayang saya tiada lagi abah untuk sambut hari istimewa tersebut... masa hari ibu yang lalu ada juga buat sambutan sikit untuk emak tersayang.. sayu rasa hati bila teringat abah. abah berbeza dari mak. abah lembut tapi agak kedekut..heheh...tu yang buat istimewa. ingat masa kecil, selalu minta seringgit, tangan dia punyala menggigil nak keluarkan duit...huhu... kenangan... tapi abah baik. jarang sangat marah walau nakal macam mana pun. mak tegas.. tapi hati mak lebih lembut dari abah. mak hebat, dialah pengurus rumahtangga yang terbaik untuk kami adik beradik termasuklah abah. kalau abah yang urus tentu porak perandalah kami adik beradik. kih3..

rindu sangat pada abah. kalau dia masih ada dan melihat apa yang berlaku pada anak kesayangan dia ni, tentu dia kecewa dan bersedih.. kerana saya sendiri bersedih dengan nasib yang saya lalui sekarang ini.. entah bila akan berakhir. tidak pasti jika berpeluang menempuh bahagia sebelum penghujung nyawa. walaupun begitu saya tetap bahagia dengan cara saya sendiri.. tidak memiliki sesuatu yang orang lain juga miliki, buat masa ini sekurang-kurangnya tidak bermakna kita tidak mampu mengecapi kebahgiaan, cuma bahagianya berbeza daripada mereka yang memiliki apa yang kita mahukan. cuma kadang-kadang kita tetap juga merasa kosong, sepi dan sunyi. hanya yang melaluinya akan merasai.

selamat hari bapa abah.... kasih sayangmu kekal sepanjang hayat... buktinya saya masih hidup dengan baik di bumi Allah ini berbekalkan kasih sayangmu yang diserahkan kepada mak, kak long, abang ngah dan kak dah.. walau sering dilambung ombak di lautan sepi, saya masih tabah seperti mak dan penyayang seperti abah berdikari seperti kak long, bijak seperti kak dah dan kuat seperti abang ngah. terima kasih abah kerana beri hidup yang terurus untuk saya dan alhamdulillah tak sia-sia dulu abah berulang alik hantar dan jemput saya dari sekolah agama juga sekolah rendah dan menengah.. jasamu dikenang selagi hayat dikandung tanah...

PAGI-PAGI SUDAH...

salam...

aiya...pagi-pagi sulah lengar ini lagu... on je muzik lagu itu atak kua lo....apa macam??mau tau ka lagu apa? ini lor....bawah ini lor..

Tajuk/Lirik Lagu: Luka Seribu Rindu
Penyanyi: Fotograf

Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran

Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua

Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan

Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku

Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta murni nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi

credit: http://liriklagu.net/melayu/fotograf/luka-seribu-rindu/

Sabtu, 18 Jun 2011

PENANG...

salam...

baru balik dari penang..outsatation dari isnin hingga jumaat. huhu...tempat yang cantik untuk di lawati. sempat gi shopping tudung kat jalan apa namanya hmm.. lebih kurang la....ca-rausta kot... tak tau ejaan betulnya la.. tamat je sesi petang, kami (saya, pn. na'aimah dan ayie terus menuju ke jalan tu. hala pergi kami tumpang pn. mariana, guru besar SK PK Jalan Hutton. baik noo cikgu besar tu, tapi balik kami jalan kaki je. tak le jauh mana, dalam 15 minit kot lebih kurang. on the way balik tu sempat juga la singgah makan cucur dan laksa. sedap! buleh datang lagi..ngehngehnegh..

hari khamis sempat lagi pusing-pusing lepas sesi petang. di bawa berjalan actually. pusing-pusing area penang yang dekat-dekat tu je, naik honda accord. hm... yang tu kan sebenarnya kereta idaman gueeee....tiba-tiba dapat merasa.. selesa. kawasan penang ni kalau melawat masa belah petang lagi cantik la rasanya tak pun awal pagi. sempat gi feringgi. tengok laut dan empangan baru buka. sejuk hati. tapi masa tu panas petang ada lagi. tak tahan lama kat situ. sempat juga makan di restoran kapitan. orang belanja. sedap juga nasi beriani kat situ. kalau gi nanti boleh cari la restoran tu. lepas makan singgah tepi pantai tengok matahari terbenam. aha...sempat juga tengok kapal pelancong tu...apa nak sebut pun tak tau. pun cantik. pendek kata semua cantik-cantik kat situ.. balik cerita matahari terbenam tu kan memang jatuh cinta la, waktu tu pula cuaca elok nampak jelas mainan warnanya cukup indah di pandang. selalu dapat tengok celah-celah bukit...pokok-pokok... yang ni memang kelas... kalau ada peluang nak pergi lagi..

on the way balik kl hari jumaat, sempat singgah kat line clear. pernah tengok tak dalam tv pasal kedai makan ni kat penang? betul, ramai yang singgah. melayu, cina dan india, sudah tentu kan. makanannya, saya siap bungkus bawa balik untuk mak. sampai kl dalam 5 jam kot dari penang tapi masih elok lagi. nak makan panas-panas hangatkan sahaja. boleh tahan makanan kat situ, mamak style ye. kalau yang suka lepak kat mamak stale macam saya buleh le berkunjung ke line clear. line clear ni bukan la restoran tapi kedai makan yang terletak antara dua bangunan. yang penting bersih!

ok le.. nanti sambung len... tapi next story, sarawak kot....tunggu...

Khamis, 16 Jun 2011

UNTUK KAMOOOO!

Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim

Ihsan Mulia

Menitis airmata
Runtuh segala keriangan
Kasih kini tiada lagi
Sedih sendu sendiri
Kusendiri


Apa hendak disesali
Apa ingin aku mengganti
Mencurahkan keriangan
Ubat luka hatimu
Di hatimu


Kusanjung dirimu
Ihsan mulia untuk diriku
Kau beri cahaya dikegelapan
Hidup ini


Hasrat hati ini
Telah terpadam sekian lama
Ini bukan simpati hanya kerelaan
Cinta suci


Kita sama telah merasa
Suka duka dalam bercinta
Lupakan kisah lama
Bina hidup bersama
Penuh harapan...

DEKAT DI SAYANG JAUH DI KENANG

Spin

Dekat Disayang Jauh Dikenang

Andai kau sayang
Benar-benar sayang
Usahlah dipendam bermain rasa
Jiwa terseksa

Sungguh aku malu
Mencurah cinta
Namun tak berbalas
Mengharap sayang kasihnya orang
Entah sampai bila

( korus )
Ingin ku bertanya apakah ubatnya
Hati ku rindu rindu tak keruan
Makin nak dilupa
Hati tambah resah
Aku pun tak tahu

Dekat-dekat disayang
Jauh-jauh dikenang
Begitulah hebatnya cinta ku
Entah apa kau mahu
Kasih sudah ku beri
Aku tak tahan

Hanya bayang-bayang wajah mu
Sering bermain di ingatan
Usahlah lagi engkau biarkan
Ku pohon cinta suci mu

Kian lama ku menyimpan rindu
Sering ku alunkan lagu syahdu
Memujuk hati ku yang rawan
Amat payah ku rasakan

Andai kau sayang
Benar-benar sayang
Katakanlah saja
Usahlah dipendam bermain rasa
Jiwa terseksa
Engkau ku sayang

credit: http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Spin_DekatDisayang.html

ISTILAH BERCINTA

Ramli Sarip

Istilah Bercinta

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan

credit: http://www.liriklagu.com/liriklagu_nr/RamliS_Istilah.html

CERITA CINTA - baca sampai habis ok...

masa beborak dengan kawan-kawan sepejabat..ececece.. baru teringat hari ini episod akhir cerita nora elena tu, lakukan siti saleha dan aaron aziz. peh...encem...ngehngeh. cerita ini agak menarik perhatian. tentu ramai yang tunggu siaran jam 7 hingga 8 pm. saya? mula-mula je..hehe..lepas si seth tan tu kawin dengan nora dah kurang tengok dah. tak de 'feel' pada saya. ye la..buat apa tengok pun, buat pedih ulu hati. kahkahkah. faham ke 'maknanya'? tapi start semalam dah tengok balik. tu pun terlupa.dah half baru teringat. tapi hari ini last episode. kena la tengok. nak tau apa jadi.

lagunya pun cukup mendalam dan bermakna.. 'touching' hati saya juga le.. mengenang nasib diri... orang tak sudi...

Lirik Dan Bila Esok – Sofaz (Ost Nora Elena)

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu

kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya
untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

credit: lemangcute.blogspot.com

hmm.. setiap orang mempunyai nasib yang berbeza. semua manusia sepatutnya jelas tentang keadaan tersebut. dan nora elena? bertuah la kalau dia dapat suami yang sayangkan dia. tetapi konflik mungkin jadi kerana kejadian yang berlaku 10 tahun lalu. yela ..siapa sangka orang yang menjadi suaminya adalah orang yang memusnahkan hidupnya.. dulu la....tapi sekarang..mungkin dia membenci sebab dia melihat perkara yang lalu... jangan lupa ye, itu cerita dalam skrip.

kalau realiti..tak tau lah nak bagi pendapat.. ada orang mungkin boleh terima kerana kejadian tu 10 tahun lepas dan sekurang-kurangnya nora tak perlu berterus terang tentang apa yang berlaku kepada suaminya jika dia berkahwin dengan orang lain..buat pula suami tu betul-betul bersikap seperti yang ditayang di tv tu kan. tapi mungkin dia tetap tidak boleh menerimanya..siapa tau..dalam sudut kebaikan masa sekarang yang dipandang dan diambil kira oleh nora adalah yang telah lalu. maka tidak dapat dilihat kebaikan yang ada pada suami dia.. jika dia menilai suaminya di masa sekarang mungkin dia mampu melupakan kejadian buruk itu...

sebagai manusia seolah-olah menjadi lumrah apabila kita terlalu menilai tentang sedikit keburukan yang dimiliki berbanding seribu kebaikan yang terpapar dan kita kutip dari dulu....lain orang lain pendapat dan pandangannya.. orang lain patut diberi peluang untuk membuktikan kebaikan yang dia adal walaupun pernah dia melakukan kesalahan...bercakap mungkin mudah berbanding melaksanakan. tetapi kita patut mencuba.. siapa tahu kehendak Allah, dengan menerima kekurangan itu bakal memberi kebahgiaan dan ketenangan dunia akhirat..mungkin....

16 JUN 2011

salam
lama dah tak update blog ni. tak ada apa yang nak diceritakan kot.huhu. tadi, masa melawat blog kawan ada terbaca sesuatu yang menarik hati..

Daripada Abdullah bin Abbas ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Takutilah doa orang yan dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah swt." (Riwayat al-Bukhari)

ok...itu saja...roger..

Jumaat, 3 Jun 2011

OPERASI MEMANCING CING!

salam

aha...tentu nak tau kenapa tajuk post ni sebegitu kan? hmm.. cerita ni berlaku kira-kira hampir seminggu yang lalu bersamaan pada 28 Mei 2011 hari sabtu. Nak tahu apa jadi? peh memang men'sirap' dan menduga kesabaran betul. nasib baik la saya mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. hehe. saya bawa cing ke PJ selama dua hari. sampai je kat sana, cing keluar dari kereta dan menggelupur melintas jalan. nasib baik kereta lalu agak jarak jauh. kalau tak, tak tau lah. mahu pitam kejap kot. cing terus terjun dalam longkang. dalamnya anggaran 1 meter. nasib baik kering ada lah yang bertutup. dia duduk dalam tu tak mahu keluar. dah umpan dengan makanan dia, tak jalan jugak. hmm tak pe, bagi dia masa sikit nak dapat mood kawasan baru. dah la otw ke PJ tu dia dok bising je. adus. tak bawa kesian, di bawa satu hal pula.

esoknya, hari ahad. hmm, awal pagi dah bangun dan melepak kat kedai Kak Pah dengan abang ngah. dia la dok mengajak turun sambil boleh jeling-jeling tengok cing kot-kot dia keluar. malam tu semalaman tak boleh tidur lena, fikirkan apa jadi kat cing, risau, sedih, semua ada. lepas pekena roti canai, saya pun memulakan operasi memancing cing. panggil-panggil tak mahu keluar. nampak ada seekor kucing betina yang pregnant. dia yang menyahut beria-ia. sempat jugak cakap kat dia 'aku tak panggil ko le' hehe. pastu jalan ke depan sikit nampak pula kucing jantan dok memandang. saya tanya 'ada nampak cing aku? ada tak? nampak cing aku?' dua tiga kali tanya, kucing tu pandang depan dan mengiau. saya agak-agak je, tentu cing ada kat depan tu. jadi saya intai dan nampak cing tengah pandang dan dia mengiau, muka sedih je..cian.

kemudian? apa lagi berlari naik kat rumah dan kejutkan alang. punya la susah dia nak bangun. adus. last-last dia bangun dan turun. suruh dia terjun dalam longkang. ha sebelum tu? saya jadi gagah dan perkasa mengangkat penutup simen tu. mak ai, punya la berat. tak tau la berapa kilo. puluh-puluh ke ratus-ratus ke tak tau lah. 1st time angkat tak lepas. tapi bila teringatkan cing, kesian, saya gagahkan jugak. akhirnya berjaya. alang terjun tapi tak dapat pergi kepada cing.

operasi kedua? hmm.. otak masa tu jadi cergas. hehe... sebelum tu pun idok le lembab pun. pergi pasar la, cari ikan. kuang3. terror tak? huhu. balik terus siang ikan dan goreng. turun balik. kali ni, saya pula terjun. nasib baik muat. huhu. panggil-panggil cing, dia datang. cian dia, pandang saya sambil mengiau, macam mengadu ataupun sebenarnya.. rasa-rasa macam dia ajak balik. kah3.. cian dia, muka letih, tak makan dan minum semalaman. paut dia terus bawak balik rumah dan bagi makan. petang tu jugak balik. ingat nak tunggu malam. tak payah la.. tak senang duduk. sampai kat rumah, lega.... cing pun nampak lega...

ok, sekian...adios...:)