Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Sabtu, 18 Jun 2011

PENANG...

salam...

baru balik dari penang..outsatation dari isnin hingga jumaat. huhu...tempat yang cantik untuk di lawati. sempat gi shopping tudung kat jalan apa namanya hmm.. lebih kurang la....ca-rausta kot... tak tau ejaan betulnya la.. tamat je sesi petang, kami (saya, pn. na'aimah dan ayie terus menuju ke jalan tu. hala pergi kami tumpang pn. mariana, guru besar SK PK Jalan Hutton. baik noo cikgu besar tu, tapi balik kami jalan kaki je. tak le jauh mana, dalam 15 minit kot lebih kurang. on the way balik tu sempat juga la singgah makan cucur dan laksa. sedap! buleh datang lagi..ngehngehnegh..

hari khamis sempat lagi pusing-pusing lepas sesi petang. di bawa berjalan actually. pusing-pusing area penang yang dekat-dekat tu je, naik honda accord. hm... yang tu kan sebenarnya kereta idaman gueeee....tiba-tiba dapat merasa.. selesa. kawasan penang ni kalau melawat masa belah petang lagi cantik la rasanya tak pun awal pagi. sempat gi feringgi. tengok laut dan empangan baru buka. sejuk hati. tapi masa tu panas petang ada lagi. tak tahan lama kat situ. sempat juga makan di restoran kapitan. orang belanja. sedap juga nasi beriani kat situ. kalau gi nanti boleh cari la restoran tu. lepas makan singgah tepi pantai tengok matahari terbenam. aha...sempat juga tengok kapal pelancong tu...apa nak sebut pun tak tau. pun cantik. pendek kata semua cantik-cantik kat situ.. balik cerita matahari terbenam tu kan memang jatuh cinta la, waktu tu pula cuaca elok nampak jelas mainan warnanya cukup indah di pandang. selalu dapat tengok celah-celah bukit...pokok-pokok... yang ni memang kelas... kalau ada peluang nak pergi lagi..

on the way balik kl hari jumaat, sempat singgah kat line clear. pernah tengok tak dalam tv pasal kedai makan ni kat penang? betul, ramai yang singgah. melayu, cina dan india, sudah tentu kan. makanannya, saya siap bungkus bawa balik untuk mak. sampai kl dalam 5 jam kot dari penang tapi masih elok lagi. nak makan panas-panas hangatkan sahaja. boleh tahan makanan kat situ, mamak style ye. kalau yang suka lepak kat mamak stale macam saya buleh le berkunjung ke line clear. line clear ni bukan la restoran tapi kedai makan yang terletak antara dua bangunan. yang penting bersih!

ok le.. nanti sambung len... tapi next story, sarawak kot....tunggu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bla...bla...bla...by u: