Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Jumaat, 3 Jun 2011

OPERASI MEMANCING CING!

salam

aha...tentu nak tau kenapa tajuk post ni sebegitu kan? hmm.. cerita ni berlaku kira-kira hampir seminggu yang lalu bersamaan pada 28 Mei 2011 hari sabtu. Nak tahu apa jadi? peh memang men'sirap' dan menduga kesabaran betul. nasib baik la saya mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. hehe. saya bawa cing ke PJ selama dua hari. sampai je kat sana, cing keluar dari kereta dan menggelupur melintas jalan. nasib baik kereta lalu agak jarak jauh. kalau tak, tak tau lah. mahu pitam kejap kot. cing terus terjun dalam longkang. dalamnya anggaran 1 meter. nasib baik kering ada lah yang bertutup. dia duduk dalam tu tak mahu keluar. dah umpan dengan makanan dia, tak jalan jugak. hmm tak pe, bagi dia masa sikit nak dapat mood kawasan baru. dah la otw ke PJ tu dia dok bising je. adus. tak bawa kesian, di bawa satu hal pula.

esoknya, hari ahad. hmm, awal pagi dah bangun dan melepak kat kedai Kak Pah dengan abang ngah. dia la dok mengajak turun sambil boleh jeling-jeling tengok cing kot-kot dia keluar. malam tu semalaman tak boleh tidur lena, fikirkan apa jadi kat cing, risau, sedih, semua ada. lepas pekena roti canai, saya pun memulakan operasi memancing cing. panggil-panggil tak mahu keluar. nampak ada seekor kucing betina yang pregnant. dia yang menyahut beria-ia. sempat jugak cakap kat dia 'aku tak panggil ko le' hehe. pastu jalan ke depan sikit nampak pula kucing jantan dok memandang. saya tanya 'ada nampak cing aku? ada tak? nampak cing aku?' dua tiga kali tanya, kucing tu pandang depan dan mengiau. saya agak-agak je, tentu cing ada kat depan tu. jadi saya intai dan nampak cing tengah pandang dan dia mengiau, muka sedih je..cian.

kemudian? apa lagi berlari naik kat rumah dan kejutkan alang. punya la susah dia nak bangun. adus. last-last dia bangun dan turun. suruh dia terjun dalam longkang. ha sebelum tu? saya jadi gagah dan perkasa mengangkat penutup simen tu. mak ai, punya la berat. tak tau la berapa kilo. puluh-puluh ke ratus-ratus ke tak tau lah. 1st time angkat tak lepas. tapi bila teringatkan cing, kesian, saya gagahkan jugak. akhirnya berjaya. alang terjun tapi tak dapat pergi kepada cing.

operasi kedua? hmm.. otak masa tu jadi cergas. hehe... sebelum tu pun idok le lembab pun. pergi pasar la, cari ikan. kuang3. terror tak? huhu. balik terus siang ikan dan goreng. turun balik. kali ni, saya pula terjun. nasib baik muat. huhu. panggil-panggil cing, dia datang. cian dia, pandang saya sambil mengiau, macam mengadu ataupun sebenarnya.. rasa-rasa macam dia ajak balik. kah3.. cian dia, muka letih, tak makan dan minum semalaman. paut dia terus bawak balik rumah dan bagi makan. petang tu jugak balik. ingat nak tunggu malam. tak payah la.. tak senang duduk. sampai kat rumah, lega.... cing pun nampak lega...

ok, sekian...adios...:)

4 ulasan:

  1. cer bawak cing p pavillion ke mid ke..kompom die suka...heheheheh

    BalasPadam
  2. huahau....yg tu awk pun suka....

    BalasPadam
  3. HEEE....SEB BAIK MUAT N BOLEH KELUAR SEMULA TUAN CING... KALO TAK, DENGAN TUAN TUAN DIA SEKALI KENE PANCING....HEHEHE~

    BalasPadam
  4. heheh..klau masuk tmpt yg sendat tu mmg da kena pancg da, huhu...tuan cing pilih tpt plg besau le...selamat akak..kuang3

    BalasPadam

bla...bla...bla...by u: