Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Selasa, 26 April 2011

ADA LAGI

lagu ni saya dengar di ikim fm malam tadi pun menarik, tak tau la lagu baru ke lama ke..boleh download kalau nak dengar...


Metafora

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
http://liriknasyid.com


Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naďf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Isnin, 25 April 2011

KEKUATAN SEORANG WANITA, DI MANA LETAKNYA?

salam.

sementara cari idea untuk academic writing, tiba-tiba terfikir tentang hal ni, di mana letaknya kekuatan seorang wanita? semua orang tahu kekuatan seorang lelaki letaknya kepada fizikalnya dan lebihnya adalah kemampuan dia untuk memimpin. jadi dimana letaknya kemampuan seorang wanita? pernah saya terbaca, suatu ketika yang lampau. letaknya kekuatan wanita itu adalah pada hatinya. benar atau tidak? terpulang pada individu itu sendiri. pada pendapat saya dan berdasarkan pengalaman, saya merasakan kenyataan itu adalah tepat.

walaubagaimanapun, itu hanyalah pendapat saya sendiri. sebagai seorang wanita, saya bersetuju jika dikatakan kekuatan itu adalah terletak kepada hatinya. mengapa? kerana sebagai seorang wanita, dia tidak mampu beradu kekuatan tenaga tetapi kekuatan hatinya adalah amat kental. bagaimana seorang perempuan mempertahankan kasihnya pada seseorang yang disayangi walaupun kerap kali dilukai oleh orang yang sama. bagaimana pula kasihnya yang mampu menjadi pengubat  dan semangat kepada orang disayangi untuk tetap bersemangat meneruskan hidup walaupun dilambung ombak yang ganas. tidak di nafikan terdapat ramai lelaki yang mempunyai hati yang kental. mengasihi isterinya sekukuh mungkin tanpa memberi peluang hatinya direbut oleh perempuan lain walaupun sesaat. walaupun isterinya mempunyai kekurangan kelemahan yang nyata.

kekuatan hati seorang perempuan apabila dia mampu menyimpan rindu dan kasihnya jauh dilubuk hatinya. berkecai hatinya, tetapi dihadapan orang lain dia berjaya menyembunyikan kekecewaannya. bagaimana dia memilih untuk terus hidup walaupun hatinya dirobek tanpa belas kasihan. tabah dirinya menempuh dugaan hidup dan takdir hidupnya. melepaskan segala rasa kecewa dan mengadu hanya pada Allah dan akhirnya di namakan redha. sesungguhnya redha Allah adalah lebih utama dari redha manusia.. tetapi bagaimanakah caranya melalui kehidupan ini? hanya dirinya yang tau dan lebih tepat lagi kekuatan yang dimiliki itu adalah hasil belas ihsan dari Allah s.w.t itu bila mana kekasih hatinya meninggalkan dirinya.. kasih Allah padanya tidak pernah sekali hilang walau berjuta manusia yang perlukan perhatianNya... hidup manusia umpama roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah. perubahan yang berlaku boleh jadi terlalu mendadak. terlalu cepat merasa bahagia tidak memungkinkan kebahagian itu akan berkekalan.. seakan seram apabila memikirkan kita boleh merasa bahagia dan duka dalam tempoh tak sampai seminit....tanyalah hati mampukah mengharunginya lagi? bersediakah pada kekecewaan yang bakal mendatang. sesungguhnya Allah telah menjanjikan setiap perbuatan manusia di dunia ini akan dihitung walau sebesar kuman...kesilapan pada Allah bermohon pada Allah dan apabila silap pada manusia tunggulah dipintu syurga untuk menyelesaikannya jika tidak diperolehi kemaafan sementara hidupnya....

Jumaat, 22 April 2011

Suratan Atau Kebetulan

Kenny Remy Martin 
(Kenny Tay / Habsah Hassan)

Suratan Atau Kebetulan 

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( ulang dari korus 1)



credit to: http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/KennyRM_Suratan.html

Selasa, 19 April 2011

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU...

salam...

tadi jalan-jalan juga di blog isteri ustaz zaharuddin, apa yang saya baca disitu adalah coretan yang bertajuk engkau terbaik untukku, tengokla di sini http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/12/engkau-terbaik-untukku-2.html#more. hmm, ceritanya memang menarik dan menyentuh hatiku yang kosong dari didiami oleh seorang lelaki yang bergelar suami. bila membaca coretan itu, saya betul-betul rasa tenang dan aman, sebagai seorang wanita, memang begitulah hubungan yang saya inginkan seperti ustaz zaharuddin dan isterinya. saya sendiri tidak pasti bilakah masanya saya akan berpeluang membina mahligai yang sedemikian rupa.. dan juga tidak pasti samada saya mampu memiliki suami yang mempunyai jiwanya seperti saya. setiap manusia mempunyai impian masing-masing dalam sebuah perkahwinan. tidak terlepas, saya juga mempunyai impian sebagaimana orang lain. biasanya bila di tanya bagaimanakah lelaki impian yang anda mahukan, jawapan yang biasa kita dengar adalah lelaki beriman dan mampu membimbing dunia dan akhirat.

saya juga seperti itu, sebagai seorang islam saya tetap mahukan lelaki yang beriman dan mampu menjadi pembimbing, tetapi di sebaliknya, saya benar-benar berharap saya dan dia dapat membina sebuah keluarga sepertimana yang di anjurkan dalam islam. bersolat jemaah dan lain-lain yang akan memberi saya peluang mengumpul sebanyak mungkin bekal untuk di bawa ke akhirat kelak, mengimpikan syurga yang indah sepertimana yang biasa kita dengar. bukanlah ini bermakna saya mencari alim ulamak, cukuplah lelaki yang memahami apa yang saya rasakan dan melaksanakannya serta berkongsi bersama saya sedikit demi sedikit keindahan islam itu sendiri. mungkinkah saya telahpun menemui apa yang saya cari, tetapi sayang nampaknya tidak mudah untuk dia kekal bersama saya dan merealisasikan impian kami. dugaan yang mendatang amat berat untuk ditempuh melainkan benar jodohnya adalah saya. tetapi, secara jujurnya saya tidak tahu apa yang perlu di lakukan. mencari yang sebegitu adalah amat payah untuk orang seperti saya. moga Allah memberi apa yang saya inginkan dan saya percaya dengan izinnya insyaAllah tidak mustahil saya mampu memilik sebuah keluarga yang sebegitu... bantu aku ya Allah...demi agamamu dan syurgaku....amin...

MENARIK UNTUK DI AMALKAN


Salam...tadi jalan-jalan di blog ustaz zaharuddin dan membaca beberapa penulisan yang menarik dan terjumpalah yang ini. memang dalam zaman sekarang ni kita susah untuk memastikan diri sentiasa selamat walau dimanapun kita berada, harap dengan mengamalkan doa ini kita terlindung dari kejadian yang tidak diingini... amin....


Doa Elak Cabul dan Rogol




Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara


Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008


Isnin, 18 April 2011

BOSAN

aku da bosan, aku da bosan, aku da bosan...hehhe...ingat lagu ni tak.. hm..aku bukan nak cerita pasal lagu ni, aku nak cerita pasal aku bosan hari ini, hehehe, macam tak de kena mengena je kan? tak pe layan... bosan lah dengan hidup aku ni, hehe.. tu cakap orang yang tak beriman tu, bukan..aku bukan tak beriman, tapi memang benar aku bosan, aku terfikir-fikir macam mana nak tempuh hidup yang masih panjang ni.. banyak yang aku nak buat, tapi banyak benda yang menyekat. seolah-olah aku tidak beralih ke jalan lain, walau banyak usaha yang aku lakukan amat sedikit yang aku dapat hasilnya, kenapa agaknya semua ni terjadi, amatlah membosankan, tapi.. macam biasa, aku bukanlah jenis yang lemah semangat, walaupun jauh di sudut hati aku remuk dan hancur berkecai, ramai yang tidak dapat menilai kesedihan yang aku alami, sedangkan mak sendiri cakap, dia tak boleh nak baca apa yang aku fikirkan.. walaupun begitu, sebagai ibu dia tetap merasakan apa yang aku rasai. 

kadangkala sebagai manusia, kita merasa putus asa dengan apa yang kita lalui, tapi kita kena kuat semangat untuk menempuhnya. cuma bila kita telah kembali menikmati kebahagian yang kita cari, tidak wajarlah kita melupakan apa yang pernah terjadi hingga mengenepikan hal-hal/ manusia yang membuat hati kita rasa berbunga semasa kita bersedih.. semasa diri tidak dihargai, semasa jatuh bangun dalam kehidupan dan juga semasa semua masalah rasa terbeban di atas kepala.. patutkah kita menyingkirkan hal-hal ataupun orang-orang yang menceriakan kita, memberi semangat semasa kita bersedih dan sokongan yang tidak putus-putus? dimanakah kita semasa dia dilanda keadaan yang sama yang kita pernah lalui dulu? di mana pergi kata-kata manis yang hadir setiap awal pagi sebagai kekuatan untuk kita harungi hari kita seharian.. di mana rasa perhatian darinya...patutkah kita campakkan sahaja dirinya ke tempat yang jauh dari kita dan katakan padanya aku tidak lagi memerlukan dirimu lagi kerana aku telah mendapat kembali apa yang aku inginkan.. bayangkan apa yang manusia itu akan rasa... tapi siapa peduli..betul tak? dengan kata-kata lebih mudah untuk melenyapkan.. aku tak boleh buat apa-apa...sori... wah!... hidup ini umpama roda... pernahkan message yang kita hantar tidak dibalas? pernah dia katakan yang dia bz semasa kita perlukan dia? aku jamin, jika dia benar menyayangi kamu, tengah drive pun dia akan reply.. jarang sekali menghampakan harapan kamu... tapi akhirnya, dia tetap tidak dihargai.. umpama tisu yang telah digunakan.. hancur berkecai kemudian kita buang ke dalam bakul sampah dan kadangkala lebih teruk kita buang sahaja di kaki lima jalan, kemudian di pijak-pijak oleh orang yang lalu lalang.. bila masa kita nak guna balik, amat memerlukan dia, baru kita perasan kita telahpun membuangkannya entah di mana. dan kita pun berkata kan elok kalau aku tak buang tisu tadi, sebab walaupun dah hancur dan berkecai, masih dapat juga digunakan untuk menekap peluh di dahi...to be continue...

ceritera.....hmm bes gak buat cite cam gini...

LAGU..MAI-MAI...

Spring

Bourgenvilla 

Di villa indah ini
Pernah menjadi saksi
Temasya yang gemilang
Suasana meriah
Termetri di hatiku kau yang memiliki
Kehebatannya di malam itu

Bila villa menyepi
Kenangan pun bertamu
Wajahmu menikam memperlahankan waktu
Aku pun hilang arah
Kerna di sini bermula cinta ku padamu

( 1 )
Akukah yang keseorangan ditimpa percintaan
Janji manisnya yang mendera
Berikan kesempatan bukannya hukuman
Akan ku pastikan
Cinta ini

( 2 )
Andai dibiarkan ia usang
Diterangi malap pula
Akan tinggal bayang kekosongan
Terserahlah kepadamu

Atau kubiarkan ia usang
Ditemani unggas malam
Tinggal tiap kenangan tenggelam
Bersamamu selama-lamanya

( ulang dari 1 )

( ulang 2 2X ).


UPDATE LAGI!

salam, pagi-pagi dah update blog..hehe...semangat!, hm, nak tau apa punca aku ada blog? ceritanya begini, pada satu masa yang lalu, aku datanglah kelas macam biasa kat UITM tu, masa tu ada seorang lecturer yang ajar aku subjek apa ntah, tak ingat la, tapi aku ingat sangat muka dia, kitorang panggil dia mr. farami, orangnya biasa je, hitam manis, jadi manis la, hehe..aku rasa-rasa dia ajar subjek critical thinking kot? betul-betul tak ingat, tapi dia selalu cakap, kalau kita nak asah bakat menulis, kena rajin menulis, mulakan dengan perlahan je dulu, and keep writing guyssss...huhu, sebab tu la aku start buat blog, sebenarnya niat aku bila menulis dalam blog ni nak guna bahasa melayu yang baik, tapi nampak gayanya sekarang dah jadi bahasa pasar, tapi sekali sekala aku akan menulis juga menggunakan bahasa melayu yang betul. sebab aku rasa menulis dengan bahasa yang lebih santai adalah lebih menarik..dan lebih menjadi diri sebenar..tapi itu pendapat aku la, tak tau la pulak pendapat orang lain kan...

sekian...

Ahad, 17 April 2011

HANYA AKU DAN KAMU...

salam..

hmmm...arini...ada aku dan kamu...laptop..huhu...bosan la...tak tau nak buat apa..pagi-pagi la dah kemas rumah, mop lantai, basuh kain...dengan tangan eh...mesin basuh rosak..huhu boleh jadi isteri mithali....haipp!!.. perasan. dah masak jugak..nasi guringgg ikan masin. Dok umah sorang-sorang je, macam tu la...nasib baik poket kosong, kalau tak dah merempit dah, pergi jalan-jalan travel jauh-jauh...seronok, banyak masa nak berfikir....hm...bertambah bosan, hadap laptop ingat nak buat academic writing tapi???....blank...boleh? tak boleh!... hujung bulan 4 dah makin dekat, baru buat chapter 1, arghhh, apa la nak jadi dengan aku ni, huru hara kacau bilau, umur makin meningkat patut dah stabil, lebih-lebih lagi usia macam aku, ni tak de apa..adus....arini cing dah balik, tiba-tiba, masa aku tengah sok sek sedih-sedih dengan bubu, tiba nampak cing, tergamam jap, terus jerit kat dia, wahhhh...rindunya aku kat rindu, tak sia-sia airmata keluar, dia balik jugak, alhamdulillah...

Jumaat, 15 April 2011

KADANG-KADANG ORANG TAK PEDULI

salam...
malam ni rasa touching sikit.. bukan la sikit...banyak jugak sebenarnya..huhu

layan perasaan, sekarang aku memang betul-betul rasa pack dan terbeban dengan kerja yang terlalu banyak.. dah la tu, aku nak kena siapkan academic writing yang perlu aku submit by the end of this month. tapi sayang, ada jugak yang tidak langsung bersimpati pada aku menekan hati dan perasaan, aku dah la memang tertekan sekarang, jadi kalau aku buat hal patutnya faham la sikit kan. selalu kan aku tak macam tu.....aku redha aje, sebab aku masih di sini. aku masih bertahan dan kuat. InsyaAllah...nak tak nak aku kena telan juga...umpama telan duri....

A leader knows how to control his soldiers...

salam, 

well, i'm a bit interested with the above statement, dalam bahasa melayu maksudnya 'Seorang pemimpin sepatutnya tahu menjaga orang bawahannya". hehe.. dont be surprise, i copy and paste je..hauauahh...ingat pandai bebeno ke nak cakap omputih ni? idoknya, berangan la komee....heheh... tapi statement kat atas tu menarik perhatian aku masa aku baca metro online, tengok le. tapi yang tu pasal politik ye, i will not going to complain or critics the issue.. tapi aku amat setuju dengan statement raja petra cakap, seorang pemimpin patutnya memang kena tau macam mana nak menjaga orang bawahannya, diakan leader? ('dia' tu untuk general ye, sapa-sapa pun). dalam urusan kerja, sebagai seorang bos, ketua tu patut bijak menguruskan suasana dalam pejabat tu secara keseluruhan, emosi dan fizikal, orang-orang yang bekerja dalam tu, hubungan dan paling penting menunjukkan sikap mempercayai (walaupun sebenarnya sukar nak percaya), ni semua dari sudut psikologi, kita perlu bijak bermain dengan psikologi, agar orang yang bekerja tu menjadi seronok dan ada rasa self of belonging (betul ke aku cakap ni)  baru la boleh perform!!.  aku juga mempunyai impian untuk menjadi seorang ketua, (ingat aku cerita pasal impian dan harapan?). sebab itu, dari mula bekerja aku sudah latih diri dan pelajari segala yang boleh aku pelajari, aku melihat dan aku belajar, memandangkan aku berada dalam kelompok orang bawahan, aku akan menilai perbuatan bos tersebut berdasarkan tindak balas dan perasaan rakan-rakan aku sendiri dan semestinya dari apa yang aku rasa.

dari segi keluarga, tak banyak yang aku boleh katakan kerana aku sendiri belum berkahwin dan belum ada yang punya... cuma dari pemerhatian aku, sebagai ketua dalam keluarga memang penting juga sifat kepimpinannya, bezanya abah aku lebih lembut orangnye berbanding dengan mak (so my mom is the best assistant that my dad have-last forever!) aku pun bercita-cita nak jadi macam mak setia dan taat. tapi Alhamdulillah hasilnya memuaskan. walaupun kami adik beradik tidaklah istimewa dan hebat tapi kami dapat lalui hidup ini dengan baik walau terpaksa menempuh segala macam pancaroba.... sayang mak! muahmuah... rindu kat abah....sangat2...hmm (anak manja...uwek)

sekian...

CING DAN BUBU

salam...

hari ni pagi-pagi lagi kat rumah da riuh rendah gara-gara si cing lupa letak anak dia bubu kat mana? boleh tak? adus, ni bukan kali pertama, banyak kali da..oo blur eh? heheh..aku tak pernah ceritapun pasal si cing dan bubu ni eh? ok la...cing dan bubu ni adalah kucing kat rumah aku, cing ada sekor lagi adik beradik tapi hilang tak tau mana pergi, sudahnya yang tinggal kat aku adalah cing, si cing nya amat-amat attach dengan aku, pantang nampak kelibat aku, mula la dia mengekor, hm tak pe, sekurang-kurangnya ada jugak yang tangkap cintan kat aku, heheh.... si bubu pulak anak dia yang baru lahir, dalam usia sebulan sekarang, aku panggil dia bubu sebab dia gebu, sekarang ni cing da alihkan anak dia 5x, yang harunya tiap kali dia alih, mesti dia lupa, jadi dia akan bising-bising kat aku dan mak, agaknya dia tanya mana anak dia, terpaksalah kitorang pulak yang cari dan tunjuk.. hmm tapi sekarang ni, dia la penyeri untuk rumah kami, dan menghiburkan hati aku yang sedang luka lara, aku selalu cakap kat mak, kalaula ajal aku sampai, tentu cing akan sakit rindu kat aku, sebab sekarang ni, tiap hari aku mesti kena sentuh dia walaupun sikit, sebab kalau tak dia akan capai tangan aku banyak kali, tapi kalau umur aku yang panjang, aku kehilangan dia, tentu aku akan meraung macam dua tahun lepas masa aku kehilangan si tompok, sedih tau, hanya haiwan yang mempunyai rasa sayang yang tulus ikhlas dan tidak sekalipun menyakiti aku...

adios.....

Rabu, 13 April 2011

MORE...

Alleycats

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi 

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

1
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

( ulang dari 1 )

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari



credit to: http://www.liriklagu.com/liriklagu_ad/Alleycats_Sekuntum.html

LAGU LAGI..

salam...lagu ni pun best jugak..tersentuh ati...


Surga Cinta

Artist: ADA Band
Terdiam.. hanya bisa diam
Dingin menyerang
Disekujur tubuhku
Layangkan mata.. menembus cahaya
Putih kilaunya
Meneduhkan Lamunan
Masih jelas terlihat
Pesona Ayumu
Masih jelas terasa
Getar dawai jiwamu
Ahaaa..

Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua

Perlahan bawa semua tanya
Satu bersama
Langkahdi taman ini
Terangkai bunga tanda
Cinta murni adanya
Tapi kekasihpun tiada
Muncul hapus rinduku
Ahaaaa..

Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua
Dimana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan memperduli

Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua
Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Kan kurasa sepi.. meratapi.. malang tanpa dirinya

credit to: http://www.ilirik.com/ada_band_--_surga_cinta.html

Selasa, 12 April 2011

HARI INI....

salam...
hari ini..12 April 2011, berbeza sama sekali dari semalam, berbeza yang amat dari minggu lepas, hari ini rasa bersendiri, rasa berseorangan, tiada siapa yang hirau, sebenarnya sejak dari hari ahad rasa macam ni, kenapa eh? hmm, pernah rasa tersingkir? diketepikan? hm, macam tu pun ada rasa, ati ni.. rasa macam nk pergi terengganu, tengok pulau kat sana, cantik-cantik, kagum dapat melihat pemandangan yang indah macam tu, syukur alhamdulillah dapat melihat, tapi, duit tak de...nak jalan jauh, hehe...gaji kecil, kena kumpul la...huhu...entah bila dapat pergi, kalau dapat tinggal kat sana lagi seronok, suami ke orang sana.. tapi tak de pun tanda-tanda kan? kesian, tinggal impian.. kesian kat aku ok....huhu....to be continue...ahaks...

Semalam kan....

salam semua...hm...semalam on the way balik dalam jammed tu kan...biasalah MRR2 ...tiba-tiba dengar la lagu kat bawah ni...di suria fm...wah....syahdu je rasa...sedih pun ada...hmm macam kena je kat batang hidungku yang mancung ni....uwekkkk...hahahah perasan tak ingat.. kenapa eh nak sedih?? hanya dia yang tahu...hahah...ketawa la..ketawa...happy je dia...


Tajuk/Lirik Lagu: Luka Seribu Rindu

Penyanyi: Fotograf
Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran
Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua
Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan
Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku
Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta murni nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi

Selasa, 5 April 2011

Beakhirnya satu bab..

Salam semua...hm...lama gak tak update blog ni.. bkn apa tak de apa yang nak diperkatakan sebenarnya.

Tapi arini, di masa dan ketika ini, teringatlah pada satu perkara yang telah menjadi darah daging aku sejak hampir 4 tahun lepas.huhu... tak de apa pun la..huahaha.... ok...sabtu yang baru lepas ni kan merupakan hari terakhir aku datang kuliah dan jumpa kawan-kawan sekuliah. seronok pun ada sebab dah kelaskan, lepas ni tak payahlah bersusah payah nak pergi kelas lagi.. tapi bila fikir-fikir balik sedih pun adoooooooo...huhu...yelah. setiap sesuatu yang datang akan pergi juga. lagipun setiap yang bermula akan berakhirkan. semua ni kita tempuh untuk kehidupan yang lebih baik. dan mungkin juga bagi pengalaman yang lebih luas. hidup tetap perlu diteruskan. sekali-sekala jenguk-jenguk la kebelakang. bukannya apa, sekadar mengingat aje. tapi aku bersyukur sangat dalam segala kepayahan dapat juga aku berada kat last semester ni, waduh nikmatnya. ni belum lagi hari convocation ni. hopefully by the end of this year. aku berjaya la menggenggam segulung ijazah. amin. hmm...cakap..cakap jugak...bulan mei ni exam....2 paper je...minta-minta la semuanya berjalan lancar dan tidak tersandung hehe....pastu fikir nak kawin pula ...peh...ada ke calonnya?...heheheh...