aku da bosan, aku da bosan, aku da bosan...hehhe...ingat lagu ni tak.. hm..aku bukan nak cerita pasal lagu ni, aku nak cerita pasal aku bosan hari ini, hehehe, macam tak de kena mengena je kan? tak pe layan... bosan lah dengan hidup aku ni, hehe.. tu cakap orang yang tak beriman tu, bukan..aku bukan tak beriman, tapi memang benar aku bosan, aku terfikir-fikir macam mana nak tempuh hidup yang masih panjang ni.. banyak yang aku nak buat, tapi banyak benda yang menyekat. seolah-olah aku tidak beralih ke jalan lain, walau banyak usaha yang aku lakukan amat sedikit yang aku dapat hasilnya, kenapa agaknya semua ni terjadi, amatlah membosankan, tapi.. macam biasa, aku bukanlah jenis yang lemah semangat, walaupun jauh di sudut hati aku remuk dan hancur berkecai, ramai yang tidak dapat menilai kesedihan yang aku alami, sedangkan mak sendiri cakap, dia tak boleh nak baca apa yang aku fikirkan.. walaupun begitu, sebagai ibu dia tetap merasakan apa yang aku rasai.
kadangkala sebagai manusia, kita merasa putus asa dengan apa yang kita lalui, tapi kita kena kuat semangat untuk menempuhnya. cuma bila kita telah kembali menikmati kebahagian yang kita cari, tidak wajarlah kita melupakan apa yang pernah terjadi hingga mengenepikan hal-hal/ manusia yang membuat hati kita rasa berbunga semasa kita bersedih.. semasa diri tidak dihargai, semasa jatuh bangun dalam kehidupan dan juga semasa semua masalah rasa terbeban di atas kepala.. patutkah kita menyingkirkan hal-hal ataupun orang-orang yang menceriakan kita, memberi semangat semasa kita bersedih dan sokongan yang tidak putus-putus? dimanakah kita semasa dia dilanda keadaan yang sama yang kita pernah lalui dulu? di mana pergi kata-kata manis yang hadir setiap awal pagi sebagai kekuatan untuk kita harungi hari kita seharian.. di mana rasa perhatian darinya...patutkah kita campakkan sahaja dirinya ke tempat yang jauh dari kita dan katakan padanya aku tidak lagi memerlukan dirimu lagi kerana aku telah mendapat kembali apa yang aku inginkan.. bayangkan apa yang manusia itu akan rasa... tapi siapa peduli..betul tak? dengan kata-kata lebih mudah untuk melenyapkan.. aku tak boleh buat apa-apa...sori... wah!... hidup ini umpama roda... pernahkan message yang kita hantar tidak dibalas? pernah dia katakan yang dia bz semasa kita perlukan dia? aku jamin, jika dia benar menyayangi kamu, tengah drive pun dia akan reply.. jarang sekali menghampakan harapan kamu... tapi akhirnya, dia tetap tidak dihargai.. umpama tisu yang telah digunakan.. hancur berkecai kemudian kita buang ke dalam bakul sampah dan kadangkala lebih teruk kita buang sahaja di kaki lima jalan, kemudian di pijak-pijak oleh orang yang lalu lalang.. bila masa kita nak guna balik, amat memerlukan dia, baru kita perasan kita telahpun membuangkannya entah di mana. dan kita pun berkata kan elok kalau aku tak buang tisu tadi, sebab walaupun dah hancur dan berkecai, masih dapat juga digunakan untuk menekap peluh di dahi...to be continue...
ceritera.....hmm bes gak buat cite cam gini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
bla...bla...bla...by u: