Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Jumaat, 15 April 2011

CING DAN BUBU

salam...

hari ni pagi-pagi lagi kat rumah da riuh rendah gara-gara si cing lupa letak anak dia bubu kat mana? boleh tak? adus, ni bukan kali pertama, banyak kali da..oo blur eh? heheh..aku tak pernah ceritapun pasal si cing dan bubu ni eh? ok la...cing dan bubu ni adalah kucing kat rumah aku, cing ada sekor lagi adik beradik tapi hilang tak tau mana pergi, sudahnya yang tinggal kat aku adalah cing, si cing nya amat-amat attach dengan aku, pantang nampak kelibat aku, mula la dia mengekor, hm tak pe, sekurang-kurangnya ada jugak yang tangkap cintan kat aku, heheh.... si bubu pulak anak dia yang baru lahir, dalam usia sebulan sekarang, aku panggil dia bubu sebab dia gebu, sekarang ni cing da alihkan anak dia 5x, yang harunya tiap kali dia alih, mesti dia lupa, jadi dia akan bising-bising kat aku dan mak, agaknya dia tanya mana anak dia, terpaksalah kitorang pulak yang cari dan tunjuk.. hmm tapi sekarang ni, dia la penyeri untuk rumah kami, dan menghiburkan hati aku yang sedang luka lara, aku selalu cakap kat mak, kalaula ajal aku sampai, tentu cing akan sakit rindu kat aku, sebab sekarang ni, tiap hari aku mesti kena sentuh dia walaupun sikit, sebab kalau tak dia akan capai tangan aku banyak kali, tapi kalau umur aku yang panjang, aku kehilangan dia, tentu aku akan meraung macam dua tahun lepas masa aku kehilangan si tompok, sedih tau, hanya haiwan yang mempunyai rasa sayang yang tulus ikhlas dan tidak sekalipun menyakiti aku...

adios.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bla...bla...bla...by u: