Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Isnin, 25 April 2011

KEKUATAN SEORANG WANITA, DI MANA LETAKNYA?

salam.

sementara cari idea untuk academic writing, tiba-tiba terfikir tentang hal ni, di mana letaknya kekuatan seorang wanita? semua orang tahu kekuatan seorang lelaki letaknya kepada fizikalnya dan lebihnya adalah kemampuan dia untuk memimpin. jadi dimana letaknya kemampuan seorang wanita? pernah saya terbaca, suatu ketika yang lampau. letaknya kekuatan wanita itu adalah pada hatinya. benar atau tidak? terpulang pada individu itu sendiri. pada pendapat saya dan berdasarkan pengalaman, saya merasakan kenyataan itu adalah tepat.

walaubagaimanapun, itu hanyalah pendapat saya sendiri. sebagai seorang wanita, saya bersetuju jika dikatakan kekuatan itu adalah terletak kepada hatinya. mengapa? kerana sebagai seorang wanita, dia tidak mampu beradu kekuatan tenaga tetapi kekuatan hatinya adalah amat kental. bagaimana seorang perempuan mempertahankan kasihnya pada seseorang yang disayangi walaupun kerap kali dilukai oleh orang yang sama. bagaimana pula kasihnya yang mampu menjadi pengubat  dan semangat kepada orang disayangi untuk tetap bersemangat meneruskan hidup walaupun dilambung ombak yang ganas. tidak di nafikan terdapat ramai lelaki yang mempunyai hati yang kental. mengasihi isterinya sekukuh mungkin tanpa memberi peluang hatinya direbut oleh perempuan lain walaupun sesaat. walaupun isterinya mempunyai kekurangan kelemahan yang nyata.

kekuatan hati seorang perempuan apabila dia mampu menyimpan rindu dan kasihnya jauh dilubuk hatinya. berkecai hatinya, tetapi dihadapan orang lain dia berjaya menyembunyikan kekecewaannya. bagaimana dia memilih untuk terus hidup walaupun hatinya dirobek tanpa belas kasihan. tabah dirinya menempuh dugaan hidup dan takdir hidupnya. melepaskan segala rasa kecewa dan mengadu hanya pada Allah dan akhirnya di namakan redha. sesungguhnya redha Allah adalah lebih utama dari redha manusia.. tetapi bagaimanakah caranya melalui kehidupan ini? hanya dirinya yang tau dan lebih tepat lagi kekuatan yang dimiliki itu adalah hasil belas ihsan dari Allah s.w.t itu bila mana kekasih hatinya meninggalkan dirinya.. kasih Allah padanya tidak pernah sekali hilang walau berjuta manusia yang perlukan perhatianNya... hidup manusia umpama roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah. perubahan yang berlaku boleh jadi terlalu mendadak. terlalu cepat merasa bahagia tidak memungkinkan kebahagian itu akan berkekalan.. seakan seram apabila memikirkan kita boleh merasa bahagia dan duka dalam tempoh tak sampai seminit....tanyalah hati mampukah mengharunginya lagi? bersediakah pada kekecewaan yang bakal mendatang. sesungguhnya Allah telah menjanjikan setiap perbuatan manusia di dunia ini akan dihitung walau sebesar kuman...kesilapan pada Allah bermohon pada Allah dan apabila silap pada manusia tunggulah dipintu syurga untuk menyelesaikannya jika tidak diperolehi kemaafan sementara hidupnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bla...bla...bla...by u: