Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Jumaat, 19 Ogos 2011

ANDAIKU PERGI..

Mirwana – Andaiku Pergi

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Tajuk Nasyid : Andaiku Pergi
Artis : Mirwana

http://liriknasyid.net/mirwana-andaiku-pergi

Ahad, 14 Ogos 2011

MAKANAN..YUMMY!




salam

lempeng sardin ni bukanlah juadah berbuka atau bersahur ye.. tapi saja nak share pic ni...juga ada juga makanan lain yang saya masak dan ambil gambarnya... sila la lihat. heheh...saja je bikin lapau bulan-bulan posa ni..kih3..

Maggi goreng, ringkas dan
mengenyangkan




nasi goreng ikan masin. di sarawak, apabila saya order nasi goreng ikan masin, yang datangnya nasi goreng + ikan masin goreng seekor.. blur kejap masa tu, tapi di sebabkan saya bukanlah orang yang banyak kerenah, jadi, makan aje leeeee....heheh



nasi goreng lagi

sup sayur...hmm..my fav.







yang ini yong tau fu, sos saya buat sendiri. cari resepi di internet je..senang






ikan 3 rasa kot.hehe..resepi? bedal je, yang penting habis dimakan






ha .. yang ini bihun abang nuar, tidak diketahui samada dia atau isteri dia yang masak, tapi setiap pagi dia jual bihun goreng/ mee goreng nasi lemak. yang penting semua sedap. harga pun murah, kuantitinya banyak. RM1.50 je..




nasi dagang, beli di kem. kesihatan putrajaya. sedap juga...makanan kegemaran tu. tapi yang ni tak de gulai ikan sebab dah habis, tapi teringin sangat nak makan, so saya gantikan dengan ayam guringggg....yummy...



biskut sarang semut, first time buat, ok la... tapi tak memuaskan, perlu dipertingkatkan lagi. chaiyok!





nasi campur, beli di anjung sebelum bertukar ke tempat baru, tapi mak cik tu dah tak berniaga di situ lagi. murah je rm3.50, percaya tak? susah nak dapatkan kat putrajaya harga macam tu?



nasi goreng omak den, hehe, tapi saya yang masak tau..jadila macam mak masak..anak-anak saudara pun suka

ok la...sekian...jumpa lagi...adios...

SARAWAK

salam

entry ni patut masuk dah lama, tapi disebabkan tidak berkesempatan untuk update secepat mungkin berserta dengan gambar-gambar, maka hari ini la baru dapat dimasukkan ke dalam ini belog. hehe. pada 23 jun yang lalu, sepertimana yang telah dirancang oleh kakak saya and the gang, maka berangkatlah kami ke sarawak. dah lama juga tak naik belon ni, adala dalam 20++ tahun. huhu..lama tu. mula-mula sampai kat klia excited juga. naik firefly.. kak dah buat sengal ada ke masa staff mas tanya dia boleh kata flyfire.. adus, tiba-tiba rasa merah je muka tahan malu.hehe.. staff mas tu betulkan firefly. sekali... yang keduanya. kawan dia tanya, 'kau kat mana?' nak tau dia jawab apa? aku kat kuanter.. kah3... rasa nak pecah perut.. sambil cakap kaunter la... dia memang selalu terbalik sebutan... kami adik beradik selalu betulkan perkataan yang kak dah sebut. tapi itulah istimewanya dia. dalam bijak-bijak dia..sebut pun tak betul.

ok... di sarawak kami menghabiskan masa selama 6 hari. mula-mula rasa apalah yang hendak dibuat selama 6 hari di sana. tetapi nyata jangkaan saya meleset sama sekali. setiap hari kami keluar termasuklah hari ketibaan kami di sana. hari terakhir je kami menghabiskan masa di homestay. itupun sebab masa habis berfikir macam mana nak packing... rupa-rupanya gang kak dah yang turut serta ni semua tahu macam mana cara-cara terbaik untuk shopping. saya? macam biasala fast learner. hehe.. ikut juga la. tapi masih boleh control. habis juga la dalam ratussss. itupun sebab belikan barang-barang untuk family sendiri. untuk diri sendiri? adalah 2 3 barang je. baik kan? baikkk...hehe... masuk bakul angkat sendiri.. sila lihat pictures di bawah ye...

di klia

masuk ke balai berlepas

tu... firefly.. makanannya sedap!









tempat ni kan, saya pernah ke situ masa dalam pembinaan kirakira 20 tahun lepas..



kedai pasu







pasar satok. di buka setiap hari sabtu dan ahad







serikin, kawasan sempadan. dengar-dengar cerita akan di pindah ke satu tempat lain pada masa akan datang. juga dibuka sabtu dan ahad. tapi ahad half day..

kak dah..




Selasa, 9 Ogos 2011

PERCAYAKAN PADAKU

percayakan padaku - sheila on 7

Saat mata terhalang oleh malam
Tidur dan berkembanglah
Saat sang pagi kembali menari
Datanglah dengan hati…
Bila kau ragu pada impianmu
Percayakan padaku…
Jalan hidup yang akan engkau tempuh
Percayakan padaku

Tumbuhlah jadi pendampingku
Seiring malam yang menjemput senja…
Kekasih percaya padaku
Kau nyata tercipta ‘tuk disampingku…

Kau tak’kan pernah tahu apa yang kau miliki
Hingga nanti kau kehilangan…
Maka jangan pernah tinggalkan aku…
… kekasih…
… Lagu untukmu kekasih…

credit: http://lirikmelirik.wordpress.com/2011/06/09/percayakan-padaku/

TAKKAN PERNAH MENYESAL

takkan pernah menyesal -sheila on 7

Aku tahu…
Kisah ini terasa berat di pundakmu
Aku tahu…
Kar’na juga begitu berat di bahuku (2x)
Coba sayang…
Berhentilah meratapi keadaanku
Jangan pernah
Menyerah pada keadaan busuk ini

Apapun yang akan terjadi
Tak’kan pernah aku sesali
Bila menjalani semua denganmu
Bila memahami semua denganmu
ku… Tak’kan pernah menyesal

credit: http://lirikmelirik.wordpress.com/2011/06/09/takkan-pernah-menyesal/

Khamis, 4 Ogos 2011

JUADAH BERBUKA SEMALAM

Salam

semalam tiba awal di rumah.. dalam jam 5. nak tau kenapa? sebab saya bayar rm2 untuk jalan yang kurang sesak? kot.. ikut DUKE la heheh apa lagi, bolehla, kenderaan masih kurang lagi kot masa tu sebab saya keluar awal jam 430 petang. alhamdulillah, minta-minta sepanjang bulan ramadhan ni setiap hari saya dapat pulang awal.amin..

tiba je di rumah, baru ingat nak duduk kejap. berehat la konon. tiba-tiba tengok mak dah sibuk-sibuk nak masuk dapur. aish.. tak boleh jadi ni, saya pun meluru sekali. nanti dia sakit kaki lagi!. sudahnya nya mak jadi assistant je kat dapur, assistant senaman mulut, kah3...

jadi, berbuka puasa semalam juadah yang terhidang adalah hasil air tangan saya sendiri, memang puas hati sebab mak dapat berehat, awal-awal je dia bantu memotong sayur dan sediakan bahan. bila ramai yang makan, masak pun jadi seronok. maka masa berbuka yang terhidang adalah sambal goreng ikan bilis + tempe + kentang, sambal tempoyak ikan bilis, ikan goreng, lemak bayam + petola dan juga mee goreng. dalam pada itu, kakak kesayangan pun ada membeli juadah tambahan iaitu pajeri nenas dan terung, ayam masak merah dan sedikit kuih-muih. ha.. lupa satu lagi, masa otw balik saya singgah membeli roti john. tapi... lupa nak makan, orang lain yang kasi habis, huhu alhamdulillah.. tak membazir..

ok, adios...

Selasa, 2 Ogos 2011

RAMADHAN TELAH KEMBALI

Salam semua..
akhirnya pada hari ini, setelah senyap sunyi selama 1 bulan lebih kurang, saya kembali meng'hapdet' blog ini.. huhu itupun lepas di ingatkan oleh orang yang sama iaitu cik aze supaya saya update blog ini.. kat FB pun dia ingatkan kui3. bukan tak nak update tapi tak sempat-sempat.

seperti tahun lalu, kedatangan bulan ramadhan ini amat dinanti-nantikan oleh saya. semenjak beberapa minggu yang lalu, bila teringat ramadhan bakal berkunjung hati berdebar-debar. ala-ala sama la debarnya macam nak jumpa en. 'ahmad'. hehe.. ntah kenapa sejak usia meningkat dewasa ni, persepsi tentang bulan ramadhan berubah dengan begitu banyak sekali. dulupun bukanla negatif, cuma sekarang ni rasa macam makin banyak pula untuk ditingkat. perbaiki mana-mana yang berlubang-lubang dulu. rasanya ramai yang sependapat dengan saya kan? apapun sekarang perasaan menyambut, melalui dan menamatkan bulan ramadhan adalah berbeza sama sekali. tidak lagi seperti usia remaja dulu.

dalam bercerita bulan puasa ni, biasalah...hari pertama puasa juadah berbuka yang di rancang hanya1 jenis tiba-tiba jadi berjenis-jenis.. kenapa eh? hehe... semalam saya bercuti rehat yang lebih kepada emergency leave. boleh? boleh aje, kita yang buat dia..kui3.. bangun pagi tiba rasa kepala macam agak-agak migraine je.. teringat juga kat mak yang tak berapa sihat. lauk untuk berbuka juga tak sempat dibeli (biasa beli stok seminggu) kerana kesuntukan masa akibat daripa outstation selama dua minggu berturut. seminggu ke terengganu off dua hari dan kemudian ke melaka juga selama dua minggu. ok..yang itu kita akan cerita kemudian. saya msg bos minta EL. selesai.

bila migraine berkurangan, saya pun memulakan langkah yang rupanya penuh sepanjang hari macam orang pergi kerja juga. letih. bawa mak ke NSK beli lauk-pauk, ada ikan dan sayur. kemudian ke pasaraya hero beli ikan bilis kecil yang segar ye..bukan yang kering tu dan sedikit lala serta lain-lain keperluan. balik hantar emak. saya ke pejabat pos carrefourre wangsa manju. ambil je nombor, terbeliak biji mata. amik ko no sekarang 2138 no saya? 2185. hehehuihi semua rasa ada.. nak balik tak tau bila lagi nak bayar bil. jadi sementara menunggu, rasa-rasa lebih baik pergi beli langsir. tahun ni tema cream dan juga warna maroon. santek la.. settle. nak menjahitnya entah bila pula. kena pandai curi masa.

sampai rumah dekat jam 530. penat bukan main. tapi sempat juga sediakan kari udang, ikan bilis pais dan lala sambal. berselera masing-masing masa berbuka. disebabkan seharian ke hulur ke hilir. air teh o kurang manis la paling laris.. tapi sayang, lupa la nak ambil gambar juadah tu.. lebih-lebih lagi ikan bilis pais tu jarang-jarang dapat makan sebab tak semua kedai ada jual ikan bilis segar..

okla. cukup buat masa ni, tunggu ye next pos, insyaAllah akan ada lagi selepas ini. adios..