Tapi masa berlalu, bertahun-tahun segala kenangan ulang alik tu jadi kenangan indah dan usik mengusik masa hari perkahwinan dia. masa pantas berlalu tak terasapun tiba-tiba tahun ni dia kahwin. kenal lebih kurang 6 bulan, merisik dan bertunang seterusnya berkahwin. hmm kalau dah jodoh tak de sesiapapun kat dunia ni yang mampu menyekat. tak gitu? macam aku dulu. jodoh dah sampai. 6 bulan dah nikah. alhamdulillah jodoh Allah yang bagi. Hanya Dia yang lebih mengetahui dan perancangannya memang indah dan diluar batasan kemampuan minda manusia biasa seperti kita ni. begitu jugak Faiz. aku pernah sebut 6 bulan bukanlah satu tempoh yang pendek dalam perkenalan. apabila jodoh dah sampai. 6 bulan ke...1 tahun ke...bukan ukuran sebuah perkenalan. sapa kita yang nak bagi jaminan satu tempoh tu kita betul-betul kenal pasangan kita? tak de sesiapa mampu bagi jaminan tempoh sesuatu hubungan yang panjang sebelum buat keputusan untuk berkahwin akan menjaminkan rumahtangga bahgia dan kekal...semuanya adalah atas kekuasaan Allah juga.
ok berbalik pada Faiz. Ni aku letaklah gambar kahwin dia. masa ni majlis diadakan di Dewan Risda, Jalan Ampang pada 19 April yang lalu. nama pasangan Zakiah, kami panggil Yaya. ok lepasni turn adik Faiz pulak iaitu Hanafi dijangkan melangsungkan majlis pernikahan pada 19 September akan datang di Johor dengan pasangan bernama Liyana yang biasanya dipanggil Liya..
Tahniah buat faiz.. huhuhu~
BalasPadam