Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Khamis, 15 September 2011

SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA

Salam
Rasanya lama saya tak update blog. 


Selamat hari raya dan maaf zahir batin di ucapkan kepada semua rakan-rakan yang singgah di blog ini. mohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan perbuatan yang menyinggung perasaaan kepada yang mengenali. kadang-kadang kita tidak sedar jika perbuatan dan kata-kata yang kita luahkan agak kasar dan di salah tafsir. moga kemaafan yang dipohon diterima dan hubungan yang terjalin terus kukuh hingga ke akhir hayat. kebetulan aidilfitri yang disambut pada kali ini juga jatuh sehari sebelum malaysia menyambut hari kemerdekaan. sudah tentu pada tahun ini sambutan aidilfitri adalah berlipat kali ganda kemeriahannya. di mana sahaja kita berada kita dapat melihat dengan jelas jalur gemilang berkibaran. sebagai anak malaysia, saya merasa bangga dilahirkan dan dibesarkan di bumi bertuah ini. 


kita agak beruntung dan sepatutnya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan negara yang sebegini aman, makmur dan murah rezeki. mungkin negara ini tidaklah semaju negara-negara barat, tetapi sebagai seorang muslim saya tetap mensyukuri apa yang dikurniakan Ilahi untuk kita nikmati. bersempena sambutan kemerdekaan ini saya mengharapkan malaysia tetap dilimpahi keamanan, kemakmuran dan kemewahan rezeki. dan yang paling penting saya amat mengharapkan agar negara ini dirahmati Allah dengan curahan iman, rezeki serta hidayah. moga terus-terusan bertambah kukuhnya syiar Islam. banyak yang perlu diperbaiki bagi memastikan tamadun Islam kembali berkembang dan gemilang. dan sebagai muslim, kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada pemerintah dalam usaha memupuk dan meningkat tahap keimanan di sanubari seluruh umat Islam di bumi ini. sebaliknya tanggungjawab ini sebenarnya lebih tertumpu di peringkat ibu bapa bagi memastikan anak-anak mendapat sebanyak mungkin ilmu agar cahaya keimanan tetap subur di dalam diri masyarakat Islam. jika keadaan ini berjaya diterapkan secara tidak langsung walau di manapun kita berada kita tahu pada siapa kita sandarkan kepercayaan kita. pemerintah telah membuka sebegitu banyak jalan dan ruang untuk kita mengisi kekosongan hati dengan ilmu agama. cuma kita sahaja yang perlu menggerakkan diri dan jiwa kita untuk mencapainya. sebelum kita menyalahkan pihak lain sepatutnya kita cermin diri kita sendiri. 


berbalik pada perayaan aidilfitri yang disambut. pada tahun ini persiapan yang dilakukan adalah ala kadar dan tidak berlebihan. itulah yang diamalkan oleh keluarga kami sejak bertahun-tahun lamanya. segala-galanya adalah secara sederhana sepertimana yang dituntut dalam Islam. saya cuba untuk tidak melebihkan syawal berbanding bulan ramadhan. walaupun syawal merupakan bulan kemenangan buat umat Islam setelah sebulan berpuasa, kita amat digalakkan meneruskan apa yang telah kita lakukan sepanjang ramadhan. cuma syawal menjadi bulan yang lebih selesa diziarahi dan menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan umat Islam. pada bulan ini semua akan berlumba-lumba untuk menziarah dan bersedia untuk diziarah. pada hujung minggu terutamanya, kita ternanti-nanti siapa yang akan berkunjung, memasak pada bulan syawal juga menjadi lebih seronok kerana lebih ramai yang akan dijamu. sudah tentu apabila melihat makanan yang dijamu oleh tetamu dengan penuh selera, segala rasa penat dan lelah hilang dan timbul rasa seronok. bukan selalukan masakan kita di rasa oleh teman-teman dan sanak-saudara. jemputan rumah terbuka juga tidak putus-putus. saya lebih suka menyebut sebagai jamuan makan-makan. kerana jumlah jemputan juga tidak besar. pada tahun ini saya merancang mengadakan jamuan makan kerana ramai yang bertanya, jadi sebagai tanda penghargaan kepada teman-teman saya jemput untuk hadir.. bersekali dengan teman-teman mak. ok itu saja buat masa ini. roger :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bla...bla...bla...by u: