Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Jumaat, 25 Februari 2011

Ceramah maulidur rasul

as salam dan salam 1 malaysia..heheh macam pengacara pula.

pagi tadi ada buat sambutan maulidur rasul secara kecil-kecilan di tempat kerjaku. mula pukul 830 am dengan bacaan yaasin lepas tu ada juga pegawai atasan berucap. memang dinanti-nantikan. tiap kali dia berucap aku memang nak sangat dengar. sebabnya?? dia ada kredibiliti menyampaikan ucapan dengan amat baik secara tidak formal...bes..mesti ada cerita yang akan disampaikan..

cerita dia pagi ini pasal copy and paste.. dia kata ada seorang doktor tu kata, dia suka peluk seorang perempuan tu, selain dari isteri dia.. kami semua terpinga-pinga..siapa tu...rupa-rupanya..dia sambung balik dan dia kata, doktor tu cakap perempuan itu adalah ibunya...kuang3... ada lagi....dia cakap lepas tu seorang suami tu pun balik la ke rumah dalam keadaan yang tak berapa stabil minda kerana telah minum dot dot dot, tak tau la apa yang diminum tu kan, waktu dia sampai ke rumah isterinya sedang memasak dan dia pun mula berkata, saya suka peluk seorang perempuan selain dari isteri saya, lepas tu dia terdiam sebab dia lupa siapakah perempuan yang dokto tu kata tadi yang dia suka peluk.. dan sedar-sedar dia berada di atas katil sebuah hospital dengan badan yang melecur (ingat eh, tadi isteri dia tengah memasak..agak-agak sapa punya keje??? hehehe).. kesimpulannya pegawai tu kata, kita jangan pandai copy aje tapi tak tau paste.. ada paham??? huhu

nota: sila baca petikan di atas dengan berlapang dada dan hati yang tenang, tiada maksud lain selain hanya untuk berkongsi cerita...itu saja...tengkiuuu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bla...bla...bla...by u: