Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Isnin, 28 Februari 2011

Antara Kasih Sayang dan Cinta

aku tak pernah putus berdepan dengan masalah ni, ntah kenapa, tak pernah yang berkunjung tu tepat. tak tau nak terangkan macam mana sebenarnya. tapi bagi aku, yang mengikat kuat tiap pasangan itu sebenarnya bukan lah cinta tetapi kasih sayang, bagi aku cinta akan luput tapi kasih sayang kekal abadi. sehingga hari ini aku masih mencari cinta, kasih dan sayang. tapi masih juga tidak bertemu. tidak tahu samada berpeluang atau tidak bagi ku. aku tau apa yang terjadi sekarang ini bukan lah semata kerana takdir aku begini.. hanya Allah yang maha mengetahui, tanpa mempedulikan kesakitan yang aku tempuh, kesedihan, keperitan hati dan perasaan apabila dipermainkan membuatkan aku sedih dan kecewa. kerap kali berputus asa, tidak pernah aku nafikan, tapi aku bangkit maju ke depan kerana aku tidak mahu musnah semata-mata kerana cinta. kenapa mesti diriku dipilih untuk dikecewakan? apa salah yang aku lakukan? selama aku hidup, walaubagaimana marahpun aku pada seseorang aku tetap memaafkan, lambat atau cepat.... banyak yang ingin aku luahkan tetapi tidak tahu bagaimana. 

yang aku pasti, apabila kita menyayangi seseorang sedaya mungkin akan kita pastikan dia menjadi milik kita, kerana sudah tentu kita tidak mahu kehilangan dia, menerima setiap kelemahan dan kelebihan yang dia miliki adalah sesuatu yang perlu kita lakukan kerana dia dan kita adalah dari latar belakang yang berbeza.

jika engkau mengasihi aku, lepaskan lah apa yang mengganggumu.. mulakan hidup baru bersamaku, tiada bahagia yang aku janjikan pada mu melainkan aku akan berusaha untuk sentiasa di sisimu selagi nyawaku dibadan. tatkala engkau kehilanganku kerana dijemput ajal, percaya la, yang aku bawa mati itu, selain amal ibadah dan rasa cinta ku kepada Allah dan Muhammad SAW, adalah kasihku padamu...

Sabtu, 26 Februari 2011

Aku Dan Mee Bandung

salam

hm.. tak de apa cerita menarikpun hari ni. bosan lagi ada la..hehe.. dari pagi tadi melanguk sorang-sorang je dan amatlah membosankan. tengahari tadi sempat ke rumah kawan, dia melangsungkan perkahwinan hari ini. nak tengok gambar dorang? jap..

hmm ni masa baru sampai.. pengantin terus ke meja untuk bersantap. huhu..harap maaf ye...gambar sikit goyang

yang lelaki tu kawan satu office, wife dia sweet kan? (huhu, bila turn aku plak ni).. yo la tu...berangan je lebih..hehe.

balik je dari rumah pengantin tu, apa lagi? membuta le..heheh da tinggal sensorang ni paham-paham la.. tak de benda pun nak buat, malas.. pastu bangun-bangun tidur, perut berkeroncong, mula le ligat kepala berfikir nak makan apa, sudahnya, giant setiawangsa la tempat dituju, mula-mula plan nak masak spaghetti sup, tetiba jadi mee bandung..

ini lah dia mee bandung yang aku masak tadi..hehe..silap spaghetti bandung actually, sayur je banyak eh?? huhu..sodap

sejak usia makin meningkat ni memang aku gemar memasak. tapi tak la hebat macam orang lain, setakat tak kelaparan tu buleh le...hehe.. tapi kalau ada orang yang nak makan la, mulalah plan macam-macam. tahun lepas ada aku try buat kek oren, resepi asalnya adalah kek butter, tapi ubah suai sikit jadi la kek oren macam kat bawah ni..
yang macam kena patah kat tepi tu, aku la punya keje. sedap. rangup.hehe



disebabkan percubaan yang berjaya itu, maka aku buat la kek surprise untuk dua orang anak sedara yang kami raikan pada 31 jan 2011 yang lalu, lokasinya? di kampung aje..huhu..yang ni kek coklat.sama juga, resepi asal kek butter yang diubanhsuai..

hehe, tak betul pula kedudukan, pandai-pandai la korang tengok eh



dan yang sadisnya bila time birthday aku dapat ...ini dia.....


dunkin donut..hehe..tak pe..sekurang-kurangnya ada yang ingat kan?? syukur alhamdulillah...

Jumaat, 25 Februari 2011

Ceramah maulidur rasul

as salam dan salam 1 malaysia..heheh macam pengacara pula.

pagi tadi ada buat sambutan maulidur rasul secara kecil-kecilan di tempat kerjaku. mula pukul 830 am dengan bacaan yaasin lepas tu ada juga pegawai atasan berucap. memang dinanti-nantikan. tiap kali dia berucap aku memang nak sangat dengar. sebabnya?? dia ada kredibiliti menyampaikan ucapan dengan amat baik secara tidak formal...bes..mesti ada cerita yang akan disampaikan..

cerita dia pagi ini pasal copy and paste.. dia kata ada seorang doktor tu kata, dia suka peluk seorang perempuan tu, selain dari isteri dia.. kami semua terpinga-pinga..siapa tu...rupa-rupanya..dia sambung balik dan dia kata, doktor tu cakap perempuan itu adalah ibunya...kuang3... ada lagi....dia cakap lepas tu seorang suami tu pun balik la ke rumah dalam keadaan yang tak berapa stabil minda kerana telah minum dot dot dot, tak tau la apa yang diminum tu kan, waktu dia sampai ke rumah isterinya sedang memasak dan dia pun mula berkata, saya suka peluk seorang perempuan selain dari isteri saya, lepas tu dia terdiam sebab dia lupa siapakah perempuan yang dokto tu kata tadi yang dia suka peluk.. dan sedar-sedar dia berada di atas katil sebuah hospital dengan badan yang melecur (ingat eh, tadi isteri dia tengah memasak..agak-agak sapa punya keje??? hehehe).. kesimpulannya pegawai tu kata, kita jangan pandai copy aje tapi tak tau paste.. ada paham??? huhu

nota: sila baca petikan di atas dengan berlapang dada dan hati yang tenang, tiada maksud lain selain hanya untuk berkongsi cerita...itu saja...tengkiuuu

Ahad, 20 Februari 2011

RAMBUT KALER???

assalam..
hmm, aku update blog ni sebab dah stuck cari point untuk assignment, hayakkkk..pemalas beno otak ni memikir

tiba-tiba teringatlah lecturer yang punya assignment ni bercerita masa kitorang dalam kelas hari itu...huhu

dia ada cakap, korang nak tau mana datangnya rambut kaler karat tu?? haaa.. nak dijadikan cerita aku pun ternganga mendengarnya. dia kata masa dia membesar, takde sapa pun berani nak warnakan rambut kerana, pada tahun sekitar 60an ke atas, kat Malaysia ni yang warnakan rambut adalah golongan kupu-kupu malam. haiyakkk.. biar le betul? ternganga la mulut kami dalam kelas sambil mata jeling-jeling kat kawan yang rambutnya ala-ala warna itew..huhu..cian dia...tapi lecturer tu kata minta maaf la kalau ada yang terasa. tau ke
tak kupu-kupu malam tu apa? kalau tak tau, bawa-bawa le tanya kat emak korang ye.. dia juga kata, golongan itu mewarnakan rambut mereka untuk menjadi lebih cantik kerana pekerjaan mereka adalah berkonsepkan kecantikan. mesti nak cantik, baru.... baiklah, itu saja buat kali ini. (nasib baik rambut aku ni hitam walaupun da ada uban putih-putih huhu, sebenarnya, ada terfikir gak nak warna..huhu, bak kata lecturer tu sekarang ni kalau warna pun tak pe sebab kami pakai tudung, dia pun warna jugak..kuang3)...

nota: sila baca petikan di atas dengan minda yang positif dan bersifat terbuka..

Jumaat, 18 Februari 2011

PERKHIDMATAN AWAM DAN PENJIMATAN

as salam
topik ini dituliskan berdasarkan pengalaman yg aku tempuh hari ini. sebenarnya lebih kepada luahan yang aku dengar semasa berurusan dengan syarikat-syarikat yang terlibat. selama ini kita hanya memikirkan untuk mengurangkan beban rakyat dengan mengurangkan kos dan pengeluaran wang dari sektor awam. tapi kita terlepas pandang akan satu perkara. (mungkin oleh insan kerdil seperti aku) di sebabkan penjimatan yang dilakukan oleh sektor awam ini telah menyebabkan syarikat-syarikat kecil tidak mampu untuk bergerak dan berkembang maju. maksud aku, ambil satu contoh. biasanya tiap tahun sektor awam mewajibkan setiap kakitangannya untuk menghadiri kursus 7 hari setahun. oleh kerana penjimatan yang dilakukan, maka setiap bahagian akan cuba mengurangkan kos dengan meminta kerjasama dari bahagian lain yang terlibat untuk mengadakan kursus yang sebelum ini tanggungjawab tersebut telah dipikul oleh syarikat-syarikat luar yang mendapat keuntungan atas bayaran yang dikenakan kepada sektor awam untuk melaksanakan kursus-kursus yang diharapkan.

hal ini secara tidak langsung telah melumpuhkan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat yang mengadakan kursus-kursus untuk ditawarkan kepada sektor awam. hmmm.... secara tidak langsung juga sebenarnya membuka risiko yang luas kepada pekerja-pekerja di syarikat-syarikat tersebut tidak mendapat gaji bulanan mereka atau yang lebih teruk adalah mereka berkemungkinan di berhentikan. apabila kemungkinan-kemungkinan ini berlaku memberi kesan kepada keluarga mereka sendiri..

nota: sila baca petikan di atas dengan berlapang dada dan positif dan bukan dengan pandangan negatif dan salah sangka...adios.....

Sabtu, 12 Februari 2011

STRESS??

as salam...lamanya tak update kat blog ni, sibuk sangat-sangat sampai tak sempat. yeke?..hehe...bolehla..
working hours tu full la.. ada aje kerja kena buat dan di siapkan. paling menyukarkan keadaan kerja tu perlu melibatkan orang lain. so bored... sebabnya? kita buat keje cepat tapi orang respond lambat. what to do? terpaksalah ditelan jugak. kadang-kadang perkara ni menimbulkan rasa stress pada diri. tapi bukanlah main factor yang menyumbangkan kepada stress.

mana aku tau? senang je jawapannya.. tiap kali sesuatu masalah tu timbul, yang selalu aku buat adalah menyenaraikan perkara-perkara yang menyumbang kepada stress tu, mengkaji tiap perkara tu satu persatu. memenatkan kerana perlu memikirkan sedalam-dalamnya. tapi yang bagusnya bila perkara itu selesai di kaji kepuasan kepada keputusan itu amatlah dirasai. dalam pada itu ia akan menyumbangkan kepada pemikiran yang positif. dan selalunya aku memang menerapkan perkara positif dalam fikiran. mula-mula susah nak buat. alhamdulillah lama kelamaan berjaya juga. jadi setelah dikaji apapkah faktor utama menyumbang kepada stress aku? hehehe punyalah lama berfikir baru tau...duit lah..apa lagi. dengan jarak 37 km sehala dan tol berharga 1.30 sekali lalu agak membebankan sebenarnya. at least untuk aku sendiri...pew...bila la nak settle ni..tapi part yang paling menggeramkan hati ini? adakah patut manusia yang tidak langsung mengenali aku walaupun 50% patut beranggapan aku stress sebab kerja??? boleh jalan la....macam tau semua...