salam
cerita ni patutnya dah keluar berbulan-bulan yg lalu. tapi ntah kenapa asik hold aje. sudahnya arini la baru berkesempatan. majlis ni sebenarnya diadakan pada 6 dec tahun lalu. dah nak dekat setengah tahun da.heheh... budak2 tu pun dah bujang. ni baru 1st time family kitorang terlibat. majlis ni sebenarnya diadakan bawah anjuran SHEB iaitu sekretariat hal ehwal bandar. BN punyalah. ramai kanak-kanak terlibat. paling muda usia 4 tahun.
ni jugak pengalaman pertama aku tengok sendiri macam mana budak-budak ni disunatkan. oh ye..dua orang anak sedara yang turut serta. sorang umur 10 tahun dan sorang lagi tu 9 tahun. dorang menjerit sakanlah masa tu. tapi nak tak nak pun kena buat juga kan? kalau tak sekarang esok lusa tetap jugak kena. kesianpun ada. tapi tak nak la tunjuk sangat . takut nanti dorang punggah lari.haruuuuuu... kedua-dua anak sedara tu disunatkan serentak and usu dorang ni kenalah bertindak sebagai motivater plak. dok g mari... rasa hilang 10kg berat and tiba2 rasa slim...hahahahha... (perasan je lebih..hikkkk). kenapa plak usu dia yang sibuk2 kan? wah...kalau nak tau dorang kalau tengok muka usu dia yang jelita tak jadi lah nak menjerit sakan. nanti jatuh la maruah...ceh...ego betul budak2 tu....bila usu ada kontrol encem....tapi tak pe la...sekurang-kurangnya terkawal semua. kalau ikut plan 10hb tu ingat nak konvoi ngan family becuti ke JB. ke rumah anak angkat mak. tiba2 semua kena cancel la...kalau kami g jugak budak2 tu mesti nak ikut kan..takut bentan pulak nanti..
apapun enjoy le gambar-gambar kat bawah ni ye...