Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Khamis, 23 Februari 2012

THANKS!!!

Salam
masih bekerja. jam sekarang menunjukkan 9.28pm. sesi malam masih belum selesai. mata dah mengantuk. petang tadi kami dapat off. berehat dan tido le apo laie.hehehe..

jam 515 kami ber5 keluar minum di gerai depan hotel. tak de plan nak berjalan jauh pun. cuma nak keluar hirup udara segar sambil minum-minum dan makan.

entah macam mana sebab terlebih makan jadi kami (saya, PAP dan 3 bos) tanpa dirancang berjalan menuju ke plaza pelangi di JB. konon-konon nak bakar balikla makanan tadi.berlenggang kangkung.
bila sampai di plaza pelangi aku plan nak keluarkan sikit duit supaya dapatlah shopping-shoppingkan. sampai depan atm, eh! mana kad aku? baru teringat yang dibawa hanyalah kad access bilik hotel. peh! rugi-rugi. maknanya tuhan tak bagi aku shopping arini. yang bos berdua tu ketawakan sampai pecah-pecah perut.

lepas tu dorang paksa aku pilih cadar katanya nak beli untuk bos yang sorang lagi tu. dah tak larat nak pilih dipaksa juga rasa nak muntah. ahahhah...

dah siap bayar siap posing depan entrance plaza tu. aku pun konpius jugak beli cadar sampai amik gambar. selesai je dorang jerit HAPPY BIRTHDAY!!!! ternganga kejap+hang...hehhe...tapi suka sangat sebab hadiah tu besar dan mahal. yang paling penting walaupun hadiah tu diterima bukan pada tarikhnya tapi keihlasan dan ingatan tu lebih berharga. sampai dorang siap pinjam duit kat PAP tu sebab masing-masing berlenggang g plaza pelangi tu.gambar? nanti baru masukkan ye sbb tak boleh nak di post la..

ha inilah hadiahnya




harga pun letak sekali...hik3...jakun..


last sekali. terima kasih pada semua yang beri ucapan birthday tu ye....rasa terharu sebab masih ada yang sudi ingat diriku ini....i luv u all la...muahmuahmuah.......adios

KEROJE KEROJE KEROJE

salam semua...
minggu ni lokasi tempat outstation adalah di JB. dua minggu berturut kerja luar. penat memang penat tapi yang bestnya boleh tengok-tengok tempat orang. minggu lepas dari 14-17 Feb kami ke Penang. balik 3 hari pack pula baju untuk ke JB ni. hari isnin datang opis semua buat kerja macam lipas kudung rasa masa macam tak cukup. oleh kerana kepenatan kami semua jadi macam pening lalat masa dok kat hotel ni. tak pastilah samada sebab memang kepenatan or sebab lighting or sebab dok tempat yang tinggi. bilik kami semua kat tingkat 25, cafe di tingkat 11 dan bilik mesyuarat di tingkat 9. 

hehe yang banyak buat hal minggu ni bos sayala. cian jugak tengok dia. dengan tak berapa sihat. kerja dari jam 8 am rest pukul 1pm-2.30pm start balik sampai kul 530pm rest sampai kul 830pm and session start again and berhenti kul 11. pack kan? penat sbb 2 weeks berturut. tapi terpaksalah bertahan demi mengcapai SKT yang di tetapkan. nak 100% tu, mana tau leh dapat APC hik3.. berbalik cerita bos tu, satu petang tu kami habis slot terus ke bilik and dia dengan confidentnya keluar dari lift terus belok kanan.. saya tanya nak pergi mana? bilik la.. bilik kita belah kiri...dia tanya balik oooo yeke? hmmm suka ati aku la...hehehe....selamba je....bos kat opis ada 6 macam-macam kerenah tapi yang bagusnya bos-bos ni macam kawan-kawan kita juga.. tapi kami semua tetap jugak respek kat diorang.

view dari bilik hotel kami di tingkat 25..



 cuba teka apa yg beratur tu?

thumb drive peserta heheh untuk dijual! acah je lepas transfer file, saja atur atas meja. senang dorang sambar je nanti.hik3


another 2 weeks kena bersiap-siap lagi..outstation. chaiyok!

Rabu, 15 Februari 2012

SELERA KAMPUNG!

Salam

Lama rasanya tak update blog ni, bukan tak de cerita tapi rasa macam a bit malas la pulak. Baru-baru saya dan family bercuti lama kat kg sebab sambutan Maulidur Rasul dan juga Thaipusam. hmm seronok memang la seronok tapi yg tak berapa nak seronok sebab berat badan naik. sebelum balik mak buat lepat pisang. peh baunya bukan main sedap especially masa daun pisang tu kena 'layor' atas api. naik bau. apalagi selera pun buka le. siap bagitau kat mak nak buat nasi lemak daun pisang masa kat kg nanti. jadi pagi-pagi lagi da bangun buat sambal. kak ipar pulak masak nasi. bila da siap semua kami pun mula membungkus la...masalahnya tak sempat abis bungkus anak-anak manakan semua dok tanya bila boleh makan. terutama yg si kecik Hairil, asik nak...nak....dia la yang merasmikan....hasilnya?tada......(harap maaf, gambar tak clear sbb guna hp cap kerang..hehe). guna pinggan dolu-dolu je...kat rumah kg ni byk pinggan mangkuk dan lain-lain barang orang lama-lama ok...nasi lemak tu beserta ikan bilis goreng, kangkung celur, timun dan jugak telur dadar.. nasi tu guna santan ye, tapi kuantitinya tak banyak la...kalau banyak semua tak larat buka mata..hikhikhik..buat minum petang lain pulak....skrol kat bawah eh?




 Juadah minum petang, dah kata bercuti kat kg semuanya nak macam kg jugak le...kami goreng ubi je...tapi sedapnya macam orang tak pernah makan...laris! ubi ni potong panjang-panjang+garam+serbuk kunyit dan goreng. nak garing goreng lama dan api tak besar. kena sabar la jawabnya.




ada lagi juadah minum petang, sempat belajar buat bingka ubi dari emak. tapi mak cakap tak cukup santan jadi tak berapa lemak. bakar bingka ni pun guna stail orang dolu-dolu. guna kayu api..kat bawah dan bahagian atasnya juga. nasib tak hangus.



okle sekian saja buat masa ni. kejap lagi kalau rajin tambah post lagi ye...adios..