Salam dan selamat sejahtera...ehem...well this is the one n only blog that i have.. huhu...happy reading..

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."


Selasa, 3 Januari 2012

Journey to Cameron Highlands

Assalamualaikum..
journey to Cameron Highlands ni pada 27 Disember yang lalu. menariknya trip ini telah dirancang seminggu sebelum tarikh oleh saya dan anak saudara kesayangan saya yang di panggil along. kami berdua saja yang tahu. yang 3 lagi terjebak. sorang dipaksa ikut sebab tidak yakin untuk meninggalkannya seorang diri di rumah. manakala yang berdua lagi dapat kejutan. kejut pagi-pagi dan suruh bersiap nak berjalan-jalan di Cameron. muka masam pun berseri semula... ops..yang sorang kena paksa ikut itu adalah semestinya ibu kesayangan saya. sila jamu ye.. kalau da cantik tu memang tetap cantik...tapi kalau dah memang tak berapa nak cantik ni haru!!! (Sila lihat hanya pada saya..yang lain semua cantik2).






































Tahun Baru 2012

Assalamualaikum..

sudah lama saya tidak menjenguk blog kesayangan ni... alhamdulillah selesai sudah segalanya. inilah masa untuk mengisi masa lapang dengan berkarya. :D acah je.

hari ini adalah hari ke 3 tahun 2012 bersamaan dengan hari selasa. juga merupakan hari pertama saya bekerja. saya meraikan tahun baru dengan bercuti selama 1 minggu sebelum menjelangnya tahun baru. hanya 1 hari bersuka ria dan selebihnya berhempas pulas menyiap academic writing untuk menyudahkan pengajian ijazah saya yang telah tertangguh selama 1 semester. (tak lama pun sebenarnya). dalam pada itu masih berfikir-fikir bagaimana keputusan yang bakal saya perolehi akhir semester ini nanti. harapan menggunung tinggi untuk lulus dengan cemerlang. akan tetapi, kerana tahu akan kemampuan diri dan apa yang dilalui sepanjang 4 tahun 1/2 pengajian, jika lulus pun da cukup baik. hilang fokus selama 2 tahun 1/2.. 2 tahun yang pertama saja mampu cemerlang.. sedih memang sedih tapi apa yang telah berlaku tidak mampu di undur semula. apa yang boleh di buat hanyalah berserah. tetapi saya masih menyimpan cita-cita untuk ambil master pula selepas ni. dan mungkin saya akan tukar bidang..buat kali ke 3 dengan mengambil jurusan kaunseling ataupun pentadbiran awam. moga dipermudahkan oleh Allah.

apa azam kalian tahun ni? saya tiada yang istimewa pada tahun ni melainkan ingin menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah, keluarga dan masyarakat. akan di buat apa yang mampu tidak akan berlebihan, lebih bersederhana. dan buat pertama kalinya ada 1 azam yang telah di luputkan pada tahun ni iaitu berazam untuk berkahwin. setelah beberapa tahun saya sedar tidak mungkin setiap manusia itu memperolehi semua perkara yang sama. mungkin manusia a akan memiliki yang ini dan manusia b memiliki yang a tidak miliki.  kadang-kadang kita kena redha kita tidak mampu menjadi dan memiliki seperti mana yang orang lain miliki. kecewa? semua orang melalui kekecewaan. beruntunglah mereka yang tidak pernah kecewa. tetapi, siapa kita untuk mengubahnya? kita tidak mampu melakukan apa-apa. walau apapun yang kita lakukan jika ia bukan kehendak Dia kita tidak akan mampu mengubah apa-apa waima mengubah hati seorang insan untuk terus menyayangi, mengasihi dan memilih kita.

tahun ini, usia juga semakin meningkat, saya mengharapkan dapat memberi tumpuan pada kerja dan dalam pada itu berusaha untuk peningkatan kerjaya. jika ada rezeki saya ingin menjadi pegawai. berkhidmat untuk negara dan rakyat dan menambah pahala ibadah saya. saya juga berazam ingin menunaikan umrah pada tahun ini. itupun jika rezeki mencukupi ada untuk saya. insyaAllah azam ini akan saya usahakan. moga Allah memberi jalan. dengan siapa saya menjejakkan kaki ke sana tidak dapat di pastikan. mungkin bersama kakak atau seorang diri. ikutlah apa yang Allah tetapkan untuk saya. tentu dipermudahkan kerana saya ingin melakukan perkara yang baik.sejak tahun 2011 saya berkobar-kobar ingin menjejakkan kaki di mekah. entah kenapa rasa begitu saya tidak pasti. tetapi apabila membayang kaabah hati saya benar-benar sayu. bertuahnya mereka yang dijemput. saya ingin sangat menghirup udara di sana. saya ingin mengadu segalanya pada Allah segala apa yang saya lalui bertahun-tahun lamanya. saya ingin menceritakan segalanya pada Allah. saya tahu di mana-mana pun Dia akan mendengar. tapi saya ingin ke sana. jika di izinkan saya ingin bersemadi di sana. namun segalanya ketentuan Allah. dapat menjejakkan kaki di sana, beribadah, berdoa dan mengadu padaNya impian saya. moga Allah kabulkan hajat dan permintaan saya ini. amin

sekian.