salam semua
topik yang aku pilih hari ini adalah tentang harapan dan impian. ada beza ke harapan dan impian ni? mungkin bagi sesetengah orang tak de bezanya. tapi bagi aku tetap ada beza walaupun sikit. nak tau apa dia? bezanya... sebutan dan ejaannya lain...huahahahha....acah je...seloka malam-malam macam ni.. jangan marah eh...
hmm, harapan bagi aku adalah keinginan yang kita mahu miliki kalau boleh dengan serta merta ataupun secepat yang mungkin. manakala impian pula bagi aku umpama angan-angan tapi bukan yang kosong ye. angan-angan yang berisi.. tapi tak terikat hingga menjadi beban pada diri sendiri untuk kita miliki. dalam usia yang begini, aku rasa hampir semua yang aku impikan aku perolehi walaupun dalam skala yang kecil, tidak banyak tapi masih juga dapat la....ada juga beberapa impian yang aku inginkan belum lagi menjadi kenyataan. bak aku kata awal-awal lagi, perkara tu tak mengikat aku dan membebankan aku tapi aku masih juga berhasrat untuk memilik walaupun tak tau bila.
cuma yang aku tumpukan sekarang adalah tentang harapan.. aku benar-benar harap, aku juga hidup seperti orang lain, benda ni patutnya dimiliki oleh semua..secara logiknya..tapi kadang-kadang tidak semua mampu memilikinya atas sebab-sebab yang aku sendiri tak tau dan tidak dapat dijelaskan oleh sesiapa melainkan Allah. ada masa aku meletakkan harapan yang amat-amat tinggi dan mendalam. tetapi ada masanya pengharapan itu menjadi surut dan malap. walaupun begitu harapan tersebut masih tidak pernah lenyap walaupun aku berusaha untuk melenyapkannya. adakala ia amat membebankan dan memberi tekanan, tetapi kadangkala ia menjadi seperti sesuatu yang tidak kita peduli.. cuma jauh di hati kecil pengharapan tersebut masih menyala walaupun ia makin malap dan melukakan.. lain orang lain takdir untuknya, mungkin ini bahagian aku dan hanya mereka yang melalui perkara yang sama seperti aku yang memahaminya.. kadangkala rasa putus asa... rasa tersisih..terluka..tapi pedulikah mereka kepada apa yang kita rasa? tidak sama sekali walaupun sebesar kuman mereka merasa belas dan kasihan....
sekian...